Buletin

MAZDA MX-5 CATAT SEJARAH TERSENDIRI

Mazda MX-5 dinobatkan sebagai penerima dua anugerah berprestij dalam satu sidang media yang adakan oleh pihak New York International Auto Show, Bridgestone Corporation dan Autoneum kelmarin.

Mazda-MX-5-wcoty-wcdoty-2016-mekanika (1)

Dikenali sebagai Mazda Roadster di Jepun, jentera itu dinobat sebagai penerima anugerah World Car of the Year dan World Car Design of the Year. Sekali gus mengenepikan cabaran dua finalis lain iaitu Audi A4 Sedan/Audi A4 Avant dan Mercedes-Benz GLC.

Sementara untuk anugerah World Car Design of the Year pula, MX-5 mengalahkan saingannya iaitu Jaguar XE dan Mazda CX-3.

Mazda-MX-5-wcoty-wcdoty-2016-mekanika (2)

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah sebuah kereta menerima dua anugerah berprestij tersebut pada satu-satu masa.

“Kami sangat berbesar hati kerana Mazda MX-5 dipilih sebagai pemenang. Ketika roadster ikonik ini menghampiri angka produksi satu juta unit, anugerah ini jelas membuktikan bahawa MX-5 kekal relevan hingga ke  hari ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda, Operasi Mazda Amerika Utara, Masahiro Moro.

Mazda-MX-5-wcoty-wcdoty-2016-mekanika (5)

Mazda Motor Corporation bukanlah nama asing dalam anugerah World Car of the Year yang kini sudah memasuki edisi ke-12. Pada tahun 2008, Mazda2 atau Demio pernah memenangi anugerah sama.

MX-5 ialah model keenam Mazda yang menampilkan semua teknologi SKYACTIV dan bahasa rekaan KODO—Soul of Motion. Ia dikuasakan oleh unit enjin aspirasi biasa 2.0 atau 1.5 liter SKYACTIV.

Mazda-MX-5-wcoty-wcdoty-2016-mekanika (4)

Dengan rekaan menyerlah, jentera ini menjanjikan pengalaman pemanduan ‘Jinba  ittai’ yang menjadi trademark buat MX-5.

Pemilihan ini dibuat oleh lebih 70 orang wartawan pemotoran yang berpengaruh dari seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button