Buletin

NISSAN LCV SOKONG PASUKAN INFINITI RED BULL RACING

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dilihat terus menyediakan kenderaan komersial ringan (LCV) bagi menyokong pasukan Formula Satu Infiniti Red Bull Racing pada acara Petronas Malaysian Grand Prix 2015 pada hujung minggu ini untuk empat tahun berturut-turut.

Nissan-LCV-F1-Sepang-mekanika (3)

Sebanyak lapan buah van dan trak pikap, termasuklah Nissan NV350 Urvan baharu, Nissan NV200 serta Nissan Navara akan digunakan untuk mengangkut peralatan serta kakitangan pasukan Formula Satu ini ke Litar Antarabangsa Sepang.

“Nissan NV350 Urvan baharu, Nissan NV200 serta Navara ialah kenderaan komersial yang popular di Malaysia. Ia menawarkan prestasi penuh kuasa dan penjimatan bahan api. Versatiliti dan kemudahan yang ditawarkanya nyata sangat ideal untuk kegunaan operasi pasukan perlumbaan ini.

“Kami sangat berbesar hati kerana dikaitkan dengan pasukan yang memenangi kejuaraan ini,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Nissan-LCV-F1-Sepang-mekanika (2)

Ketua Pasukan Infiniti Red Bull Racing, Christian Horner memberitahu, “Kerjasama dengan Nissan LCV sememangnya memberi faedah yang signifikan kepada pasukan kami. Ia juga menunjukkan nilai kerjasama dengan rakan kenderaan komersial yang tepat.

“Menguruskan operasi logistik yang kompleks untuk mengangkut peralatan dan pekerja sentiasa menjadi antara cabaran besar yang terpaksa kami hadapi. Untuk tahun 2015, kami gembira kerana boleh terus bekerjasama dengan Nissan LCV.”

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Nissan Malaysia: www.nissan.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button