Buletin

NORWAY HANYA BENARKAN KERETA ELEKTRIK MENJELANG 2025

Norway merupakan negara Eropah yang sangat komited untuk menjadikan jalanraya mereka bersih dari pencemaran kenderaan. Sejak beberapa tahun lepas, jualan kereta “hijau” seperti hybrid, plug-in hybrid, kereta elektrik (EV) dan hidrogen meningkat dengan ketara.

Terima kasih kepada regulasi kerajaan Norway yang sentiasa mengemaskini polisi automotif mereka. Terbaru, parlimen Norway menetapkan sasaran untuk menjadikan negara mereka kereta berteknologi mesra alam sepenuhnya menjelang tahun 2025.

BACA: SEPARUH JUALAN KERETA DI NORWAY ADALAH EV

Menarik untuk diperhatikan kerana polisi ekstensif ini melibatkan banyak insentif diberi kepada pengeluar mahupun pemilik kereta tersebut. Sebagai contoh, setiap kereta elektrik yang dijual di sana tidak dikenakan cukai jualan dan tiada cukai import.

Lebih menarik lagi, kereta-kereta ini tidak perlu membayar tol, boleh menggunakan lorong bas dan pemilik EV juga boleh meletak kereta di kawasan bandar secara percuma!

Demi menggalakkan rakyatnya menukar gaya hidup kepada kenderaan EV, kereta-kereta dengan catatan pencemaran tinggi dan menghasilkan paras karbon monoksida tinggi dikenakan cukai yang tinggi.

Pada hari ini, 37 peratus jualan kenderaan di Norway adalah kereta elektrik. Dianggarkan sebanyak 100,000 kenderaan EV telah didaftarkan dan mereka menjangkakan akan menjual sebanyak 250,000 unit menjelang tahun 2020.

Bagi memenuhi hasrat tersebut, fasiliti untuk mengecas kenderaan juga akan dibangunkan dengan sasaran nisbah 1:10, satu setiap 10 buah kenderaan EV yang dijual menjelang 2025.

BACA: PEMILIK TESLA DI NORWAY SAMAN TESLA-TAK CUKUP LAJU!

 

 

 

Google ads
Back to top button