Buletin

BUGATTI VEYRON PALING MURAH DI DUNIA – EH MAAF, MAKSUD KAMI VERSI FORD

Kereta replika, kit car atau kereta klon bukanlah benda yang asing dalam dunia ni. Ye lah, bukan semua orang mampu nak beli Huayra, Veyron, Agera yang semuanya mahal belaka. Jual buah pinggang seluruh keluarga pun belum tentu dapat beli.

Tapi kalau anda tak mampu nak beli pun tak mengapa, beli yang dibuat secara tiruan. Alah, kalau jiran anda yang pakai F10 low-spec memang tak perasan. Dalam laman jual beli ebay, ada sebuah Bugatti Veyron jadi-jadian untuk dijual.

BACA: POLIS SERBU BENGKEL LAMBORGHINI PALSU

Berapa harganya? USD75,000 (RM333,000) untuk belian terus tanpa bida. Pemiliknya beritahu dia dah habiskan USD98,000 (RM435,000) untuk ubahsuai sebuah Ford Cougar 2.5 V6 jadi seperti Bugatti Veyron. Apa ke dungu sangat mahal benar kos ubahsuai tu?

Kau bagi kat abang japar 400K tu Abang Japar beli enjin Tomei masuk kat R34. Bawak datang Bugatti Veyron original sekalipun, makanan ringan je tu. Bawak datang Chiron pun silap-silap Abang Japar potong sambil ikat tali kasut saja.

Tapi itulah, dalam dunia kereta ni kau boleh jumpa bermacam-macam jenis manusia. Yang ada duit tak semestinya pandai, yang pandai tak semestinya ada duit.

BACA: PAGANI HUAYRA TIPU DARI CHINA

BACA: KERETA KLON? BACA NI DULU SEBELUM BELI

 

Google ads
Back to top button