Buletin

PEMEGANG PHD INI DILANTIK SEBAGAI KETUA JURUTERA NADI KUASA ASTON MARTIN

Aston Martin baru-baru ini telah mengumumkan perlantikan Ketua Jurutera Nadi Kuasa (powertrain) baharu. Individu yang dilantik itu bukanlah calang-calang orang kerana beliau mempunyai latar belakang kerja dan akademik hebat.

Ibarat kata, cemerlang dalam akademik, teori dan pengalaman kerja.

Individu yang dimaksudkan ialah Joerg Ross. Beliau bakal bertanggung jawab tentang pembangunan enjin, transmisi, teknologi elektrik dan bekerja di bawah Ketua Pegawai Teknikal, Max Szwaj. Ross akan ditempatkan di ibu pejabat Aston Martin yang terletak di Gaydon, Warwickshire, United Kingdom.

Ross dilahirkan Remscheid, Jerman dan mempunyai ijazah serta PHD dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti  RWTH Aachen, Jerman. Beliau mampu bertutur dalam beberapa bahasa seperti Jerman, Inggeris dan Itali.

Sebelum ini, Ross pernah bekerja di Maserati sebagai Ketua Nadi Kuasa Termaju. Beliau mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang automotif dan pernah memegang jawatan pengurusan kanan di IAV, Scuderia Ferrari F1 dan Ford.

Hebat bukan?

BACA: ASTON MARTIN UNTUNG BUAT PERTAMA KALI DALAM 10 TAHUN – TERIMA KASIH CHINA

Google ads
Back to top button