Buletin

PEMILIKAN KERETA LEBIH 10 TAHUN – TOYOTA DAN HONDA PILIHAN UTAMA RAKYAT AMERIKA

Kita mungkin sedar tentang kebangkitan jenama seperti Kia, Hyundai dan Volkswagen yang terus menerus membanjir pasaran Amerika Syarikat. Kia dan Hyundai memenangi banyak anugerah, Volkswagen memenangi teknologi sementara angka jualan bagi jenama bukan Jepun ini juga terus meningkat sepanjang tahun.

Namun dari satu kajian yang dilakukan oleh iSeeCars mendapati walaupun jenama Jepun tidak selaris 5 tahun lepas, pemilik yang membelinya akan terus memandu jenama ini lebih daripada 10 tahun. Satu jangkamasa yang cukup panjang di sebuah negara yang menjual pada harga antara yang termurah di dunia.

BACA – KENAPA JENAMA JEPUN LEBIH DIPERCAYAI?

BACA – 10 KERETA SPORTS JEPUN PALING LEJEN!

Kereta-kereta yang terlibat datangnya dari jenama Toyota, Honda, Subaru dan Lexus. Model yang paling popular dimiliki lebih 10 tahun ialah Toyota Highlander Hybrid.

Highlander ialah SUV saiz sederhana yang diikuti Toyota Prius dan Lexus RX (SUV saiz penuh).

Kajian yang dilakukan oleh iSeeCars ini melibatkan lebih 2.5 juta kenderaan dari tahun keluaran 1981 hingga 2006 yang dijual pada 1 Januari hingga 30 Oktober pada tahun yang sama.

Berikut adalah senarai mengikut model yang setia dimiliki pembeli pertamanya untuk tempoh 10 tahun atau lebih.

  1. Toyota Highlander Hybrid– 32.1%
    2. Toyota Prius – 32.0%
    3. Toyota Highlander – 29.0%
    4. Toyota Sienna – 28.7%
    5. Honda Pilot – 27.2%
    6. Honda CR-V – 25.2%
    7. Toyota RAV4 – 24.9%
    8. Subaru Forester – 24.2%
    9. Lexus RX Hybrid – 24.1%
    10. Honda Odyssey – 24.0%

Antara 10 jenama di atas, model-model khusus pasaran Amerika masih kekal berdasarkan saiz. Toyota Highlander yang dulu dikenali dengan nama Kluger telah digantikan dengan model baru dengan dimensi yang lebih besar.

Toyota Sienna juga menggunakan poliferasi kenderaan yang sama. Sienna ialah sebuah MPV saiz penuh yang menggantikan Estima (Previa untuk pasaran eksport).

Honda Pilot pula SUV terbesar yang pernah Honda bina khusus untuk pasaran Amerika. Ia bersaiz sama dengan sebuah Land Cruiser J200.

1-toyota-highlander
Toyota Highlander keluaran terbaru 2015
Toyota Sienna - untuk pasaran Amerika sahaja. Ia menggantikan Previa (Estima) di Amerika
Toyota Sienna – untuk pasaran Amerika sahaja. Ia menggantikan Previa (Estima) di Amerika
honda-pilot
Honda Pilot, bersaiz lebih besar dari CR-V. berentap dengan Land Cruiser J200. Model lamanya dikenali dengan nama MDX. 7 tempat duduk

 

Google ads
Back to top button