
VW PERKENAL GOLF GTI CLUBSPORT EDITION 40
Sempena meraikan ulang tahun ke-40 hat hatch ikonik keluarannya, Volkswagen telah memperkenalkan model Golf GTI Clubsport Edition 40. 2016 dilihat sebagai tahun yang bagus buat VW Golf GTI kerana ia menjadi jentera pacuan roda hadapan paling laju di litar Nurburgring, Jerman melalui versi lebih berkuasa, Clubsport S.
Bagi mereka yang tidak cukup bertuah untuk memiliki versi Clubsport S, Volkswagen sebaliknya menawarkan Clubsport Edition 40 buat para peminat tegarnya. BACA: 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG GOLF FACELIFT BACA: GOLF SPORTWAGEN EDISI TERHAD Model istimewa itu dijana oleh enjin TFSI turbocharged bersesaran 2.0 liter yang mampu menghamburkan kuasa mencecah 265hp. Tidak cukup? Dengan ciri overboost, pemandu boleh menikmati kuasa sehingga 286hp dalam masa sepuluh saat apabila pendikit minyak ditekan rapat ke lantai.
Model istimewa itu juga dilengkapi pelbagai komponen khas. Ini termasuklah aero agenda baru yang memberikan downforce kepada kedua-dua gandar. Terima kasih kepada bampar baharu, sil sisi, diffuser belakang dan spoiler bumbung. Volkswagen memperuntukkan 1,000 unit untuk pasaran UK. Namun, semuanya dilaporkan sudah habis dijual. Golf GTI Clubsport Edition 40 ditawarkan pada harga £30,875 atau sekitar RM170,000 seunit di sana.








