Buletin

PESAING HONDA BR-V – MPV KOMPAK MITSUBISHI (EXPANDER) DIDEDAH DI INDO

Sebelum ini kami ada melaporkan tentang Mitsubishi bakal melancarkan MPV kecil di Pameran Automotif Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) ke-25. GIIAS dilangsungkan dari 10 hingga 20 Ogos depan tetapi nampaknya Mitsubishi Motors Corporation telah pun mendedahkan MPV kecil itu pagi tadi di hadapan media Indonesia.

MPV ini belum diberi nama rasmi cuma cakap-cakap mengatakan ia sebagai Mitsubishi Expander. Ia berada satu segmen dengan Honda BR-V dan Mobilio, Suzuki Ertiga, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina.

Dari segi rekabentuk, ia menggabungkan dua konsep iaitu SUV dan MPV serta tampil rugged yang boleh disaksikan melalui bahagian depan dan belakang begitu kontra berbanding pesaing sekelasnya.

Bahagian depan begitu menyerlah melalui gayaan DYNAMIC SHIELD manakala bentuk badan dan ketinggian melambangkan prestasi serta kekukuhan kenderaan yang sinonim dengan jenama Mitsubishi Motors.

MPV baharu ini dibina mengikut citarasa pemilik Indonesia yang merupakan pasaran terbesar kenderaan segmen ini. Dakwa Mitsubishi, ia mampu memuatkan tujuh orang dengan selesa dengan ruang besar untuk bagasi atau kargo dan paling menarik sekali pada harga kompetitif.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L MIVEC dan dipadankan bersama transmisi lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik. Juga mencuri perhatian apabila Mitsubsihi mengatakan MPV ini mampu mendaki jalan tinggi walaupun dengan muatan tujuh orang di dalamnya.

Berikut ialah ciri-ciri utama pada MPV kompak Mitsubishi ini:

Rekabentuk menyerlah

  • Bahagian depan menggunakan identiti DYNAMIC SHIELD.
  • Fender dan lengkungan roda pula membawa imej SUV – ala Mitsubishi Pajero Sport.
  • Lampu tiga tingkat. Paling atas ialah lampu penunjuk LED supaya MPV ini lebih jelas dilihat. Lampu utama pula ditengah bampar manakala lampu kabus dipasang di bahagian paling bawah sekali.
  • Menggunakan struktur dengan kekuatan tinggi
  • Rekabentuk suspensi yang berbeza dari kebanyakan MPV lain

Saiz dan interior lebih besar

  • Lebih lebar dan besar berbanding model umum dalam kelasnya.
  • Lebih lebar dan panjang berbanding pesaing sekelas.
  • Bentangan dan susunan interior memberikan ruang yang besar dan kelegaan kepala yang tinggi untuk kesemua penumpang
  • Akses untuk ke kerusi barisan ketiga pula mudah
  • Bahagian dalaman menawarkan pengalaman yang selesa, tidak bising dan komunikasi di antara penumpang lain tidak terganggu

Keyless Operation System (KOS)

  • Sistem yang mampu mengunci dan membuka serta menghidupkan enjin walaupun kunci KOS berada dalam poket
  • Mampu menghidupkan lampu posisi melalui kunci KOS
  • Lampu utama dihidupkan selama 30 saat apabila kereta ditinggalkan pada waktu malam

Enjin dan transmisi

  • Dibekalkan enjin 1.5L MIVEC untuk prestasi tinggi dan penggunaan minyak rendah
  • Pilihan transmisi automatik atau manual

BACA: 

MITSUBISHI LANCER EVOLUTION TOMMI MAKKINEN – PADU!

MITSUBISHI EVOLUTION DARI SKUAD PANTAI TIMUR

Google ads
Back to top button