Buletin

ECLIPSE CROSS – SUV TERBARU MITSUBISHI  

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah memilih nama Eclipse Cross sebagai model SUV kompak baharu keluarannya.

Jentera itu bakal melakukan debut pada acara Geneva International Motor Show ke-87 di Geneva, Switzerland bermula 7 hingga 19 Mac depan.

Nama Eclipse sebenarnya pernah digunakan oleh MMC untuk model coupe popular yang dijual di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 1989. Manakala perkataan Cross pula ialah singkatan kepada crossover.

Seperti yang kita boleh lihat daripada gambar-gambar ini, Eclipse Cross menggabungkan garis badan sebuah coupe dengan rekaan SUV. Pasukan pereka bentuk Mitsubishi memberikan SUV tersebut rekaan angular dengan garis badan yang tajam.

Gambar teaser ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak banyak lari daripada rekaan model konsep Mitsubishi XR-PHEV yang didedahkan pada 2013, sebelum dikemas kini menjadi XR-PHEV II pada Februari 2015.

Lampu utamanya dipasang pada posisi yang agak tinggi dan bersambung dengan satu bar lampu berwarna merah. Sementara gril bersaiz besar mendominasi fascia hadapan yang turut dipasang dengan sepasang lampu nyalaan siang (DRL) LED.

Masih belum dapat dipastikan enjin apakah yang akan digunakan pada Eclipse Cross. Antara pilihan enjin yang ada termasuklah enjin petrol empat slinder turbo atau turbodiesel bersesaran 1.6 liter yang kini digunakan pada ASX untuk pasaran Eropah. Bukan itu sahaja, kemungkin besar ia juga hadir dengan varian plug-in hybrid.

Disifatkan sebagai kenderaan terbaik yang pernah dihasilkan oleh MMC, Eclipse Cross akan diposisikan di antara SUV kompak ASX dan Outlender.

BACA: MITSUBISHI ASX FACELIFT DEBUT DI AUTO CHINA 2016

BACA: KALAU BETUL INI MITSUBISHI ASX GENERASI BARU, ANDA NAK BELI?

GALERI

Google ads
Back to top button