Buletin

PETRON TURBO DIESEL EURO 5: RM2 SELITER, LEBIH BERSIH & BERKUASA

Selepas menerajui industri dan teknologi bahan api dengan pelancaran Blaze 100 Euro 4M pada awal tahun ini, Petron sekali lagi melancarkan produk inovatifnya –  Turbo Diesel Euro 5.

Ditawarkan pada harga RM2 seliter, Petron Turbo Diesel Euro 5 dipertingkatkan dengan bahan tambahan premium iaitu  TriAction Advantage. Ia menjanjikan prestasi enjin lebih baik untuk pecutan, jimat dan mengurangkan emisi gas ekzos yang berbahaya.

petron-turbo-diesel-mekanika-3

Bahan api itu mempunyai 10 ppm sulfur atau 50 kali kurang sulfur berbanding bahan api diesel Euro 2M kini yang mengandungi 500 ppm (bahagian per juta). Oleh kerana kandungan sulfurnya yang sangat rendah, Turbo Diesel Euro 5 menghasilkan kurang emisi dan memenuhi piawaian spesifikasi global Euro 5.

BACA: KAD PRABAYAR FLEET PETRON

Kelebihan Turbo Diesel Euro 5:

  • Menggalakkan pembakaran lengkap untuk kuasa maksimum
  • Membersihkan sistem pancitan bahan api
  • Mengurangkan lengah pencucuhan
  • Meningkatkan prestasi permulaan-sejuk
  • Melindungi daripada hakisan enjin

petron-turbo-diesel-mekanika-2

Diesel itu bakal diuji dalam acara Rain Forest Challenge (RFC). Dianggap sebagai salah satu perlumbaan 4×4 paling mencabar di dunia, lebih 50 buah kenderaan pacuan empat roda akan dikuasakan oleh Turbo Diesel Euro 5 ketika mengharung laluan sukar di Kuala Lumpur dan Pahang.

“Turbo Diesel Euro 5 kini boleh didapati di 14 stesen di sekitar Lembah Klang dan Johor. Menjelang akhir Disember, minyak ini akan diperkenalkan di 70 buah stesen Petron,” kata Ketua Dagangan Runcit Petron, Faridah Ali.

Google ads
Back to top button