Buletin

PRESIDEN CHINA BAWA KERETA RASMI BAHARU KE LUAR NEGARA – HONGQI N501

Sebagai Presiden sebuah negara yang boleh dianggap antara kuasa besar di rantau Asia, menjelajah negara luar sambil dibawa menaiki kenderaan rasmi jenama sendiri sudah pasti menjadi suatu kebanggaan. Baru-baru ini, Presiden Xi Jinping telah melawat Rwanda sambil membawa sekali kenderaan rasmi terbaharu, Hongqi N501.

BACA : ALKISAH HONGQI L5 – KERETA MEWAH BUATAN CHINA

BACA : GREAT WALL HAVAL H3 Pi – LIMO SUV MADE IN CHINA

Desas-desus mengenai pengganti kepada model Hongqi L5 dalam laman web tempatan di China hangat diperkatakan. Malah, perkhabarannya telah kedengaran semenjak tahun 2016 lagi.

Tampil dengan imej moden berbanding model sebelumnya, ternyata rekaan model yang hanya diberi nama Hongqi N501 ini kelihatan begitu elegan dan mewah untuk seorang Presiden sebuah negara besar terutamanya bilah gril krom yang tersusun menegak. Kereta yang turut diberi nama jolokan Red Flag ini turut mempunyai sebatang tiang bendera kecil yang membawa kibaran bendera China berada di sebelah kanan hadapan kereta.

Dari segi saiz, barangkali ianya berada di tengah diantara model Hongqi L7 dan juga Hongqi L5. Akan tetapi, ianya masih layak untuk digunapakai oleh mana-mana Presiden sekalipun. Hongqi N501 ini mempunyai kepanjangan 5.5 meter.

Adalah dipercayai bahawa enjin yang digunakan adalah 4.0 liter turbo V8 yang dipadankan dengan kotak gear lapan kelajuan. Dengan enjin yang cukup besar ini, sudah tentu untuk capai kuasa 375hp bukanlah suatu masalah. Unit enjin yang sama juga sebenarnya turut digunapakai oleh model SUV Hongqi LS5.

Hongqi yang dimiliki oleh FAW ini, sudah tentu mahu mengeluarkan model ini secara produksi massa. Dan khabarnya, model yang layak juga untuk dibeli oleh CEO bakal dijual dengan harga sekitar 500,000 Yuan – 700,000 Yuan (RM299,179 – RM418,851).

Berbalik kepada lawatan Presiden Xi JInping ke negara benua Afrika tersebut, sebelum ini beliau juga pernah menggunakan kereta BMW 7 Series, Mercedes-Maybach S600 Pullman dan juga Hongqi L5 sewaktu membuat lawatan rasmi ke luar negara.

Apabila beliau melawat ke bumi Afrika sambil membawa kereta jenama sendiri, sudah tentu ianya memberikan satu rasa kebanggaan kepada seluruh bangsa China dan sudah tentu kepada FAW sendiri, untuk melebarkan sayap ke benua Afrika pula barangkali.

Oh ya, dengar ceritanya sewaktu kunjungan Tun Dr Mahathir ke China, beliau telah dibawa menaiki limo kemegahaan China, Hongqi L5. Kereta yang hebat untuk orang yang cukup hebat juga berpeluang menaikinya.

Kredit Foto : IGIHE.com

Google ads

B K

Back to top button