Buletin

HONGQI E-HS9 – SEBUAH ELEKTRIK BERSAIZ PENUH YANG SUPER PREMIUM BUATAN CHINA

Jenama Hongqi untuk pasaran China diibaratkan suatu jenama marque yang cukup gah. Apatah lagi jenama Hongqi ini turut digunapakai oleh para pembesar di negara Tembok Besar tersebut sebagai kenderaan rasmi. Jenama yang bernaung di bawah Kumpulan FAW yang turut dimiliki oleh Kerajaan China sendiri kini mempunyai sebuah model SUV EV yang cukup handal, Hongqi E-HS9.

Model SUV EV mula dipertontonkan kepada umum sebagai model prototaip pada tahun 2019 ketika International Motor Show Germany dan juga Guangzhou Auto Show. Dan ianya mula diproduksikan bermula tahun 2020.

Hongqi E-HS9 ini dari pandangan mata sememangnya boleh mengundang sesuatu. Cukup mudah untuk ianya menarik perhatian sesiapa yang melihatkannya. SUV Hongqi E-HS9 ini dilihat cukup besar dan gah. Rekaan muka hadapannya ada iras beberapa model dalam keluarga Hongqi, sendiri dengan pengenalan gril berbilah yang cukup sinonim dengan jenama ini. Lampu utama pula jenis yang kecil dan nipis menyerlahkan imej yang garang dan premium terhadap SUV EV ini. Pada hood hadapan terdapat garisan berwarna merah yang turut merupakan signature bagi setiap model Hongqi.

Walau pun SUV Hongqi E-HS9 ini tampak kelihatan cukup besar untuk menjadi sebuah SUV bersaiz penuh, namun jelas dilihat rekaan bahagian belakang seakan mempunyai slop dan lebih pilar belakang lebih rendah berbanding pilar hadapan.

Sebagai sebuah model EV daripada keluaran jenama yang cukup gah, adalah sesuatu yang malang jika jarak perbatuannya sekadar lepas untuk bergerak dari Kuala Lumpur hingga ke Kota Hilir. Ianya dilengkapi dengan bateri yang cukup berkuasa dan besar. Ianya mampu bergerak sehingga ke 510 KM. Dan model canggih ini turut dilengkapi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar.

Bahagian kabin SUV ini pula menampilkan ciri mewah dan premium. Beberapa balutan kulit Nappa selain tempat duduk, turut diaplikasikan di bahagian trim pintu dan juga bahagian tengah perehat tangan. Lebih premium lagi, tempat duduknya turut dilengkapi dengan fungsi mengurut bagi varian tertinggi. Bumbung kaca panorama turut tersedia untuk lebih kesan mewah dan premium.

Ciri keselamatan dan keselesaan yang ada termasuklah Super Adaptive Cruise Control (SACC), Auto Park Assist, Acoustic Vehicle Alerting System (AVAS), Electronic Stability Program (ESP), Front Collision Warning (FCW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Autonomous Emergency Braking (AEB), serta Driver Status Monitor DSM). Malah, SUV ini turut dilengkapi dengan penapis udara terbina dalam untuk nyah kuman.

Harga untuk model ini dijangka dijual pada harga yang cukup mahal, kira kira 550,000 Yuan (RM352,075).

Google ads

B K

Back to top button