Buletin

PROMOSI CHEVROLET SONIC

Sempena sambutan perayaan hari Krismas tidak lama lagi, Chevrolet Malaysia kini mengadakan promosi Super Sonic Special untuk anda. Dengan promosi itu, pengedar rasmi kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, NAZA Quest Sdn. Bhd. (NAZA Quest) akan menawarkan pelan pembayaran yang amat berpatutan. 

1345642636316

Para pelanggan yang membeli Chevrolet Sonic akan menikmati kadar faedah serendah dari 0.99 peratus, satu tawaran eksklusif daripada Maybank. Bagi menjadikan tawaran ini lebih menarik, Chevrolet Malaysia turut menawarkan alat ganti dan kos buruh secara percuma (kecuali minyak pelincir) selama tiga tahun.

Sama seperti model-model Chevrolet yang lain, Sonic hadir bersama jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

13Chevrolet Sonic RS 003

Sebenarnya, NAZA Quest telah memberi subsidi ke atas kadar faedah untuk setiap Sonic yang dijual. Ini merupakan kolaborasi eksklusif di antara NAZA Quest  dan Maybank. Promosi ini sah sehingga 31 Disember 2013

Sonic dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 1.4 liter dan direka agar sesuai dengan selera golongan muda. Kereta kompak ini mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 8.1 liter bagi setiap 100 kilometer.

1342724961385-4

Pada harga serendah RM76,888 para pelanggan boleh memilih sama ada Sonic Hatchback atau Sonic Sedan yang didatangkan dalam enam warna menarik iaitu hitam, kelabu, biru, perak dan putih.

Chevrolet Sonic Hatch

Jika berminat, sila hubungi bilik pameran NAZA Quest Auto di Kampung Baru, Ampang, Puchong atau Johor Bahru. Anda juga boleh melawat siri jelajah Big ‘S’ yang berlangsung di NAZA Automall, Petaling Jaya pada tarikh-tarikh berikut:

  • 22/11 – 24/11 (Jumaat – Ahad)
  • 29/11 – 1/12 (Jumaat – Ahad)
  • 6/12 – 8/12 (Jumaat – Ahad)
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button