Buletin

KOLABORASI DENGAN MAYBANK & MASTERCARD, GRAB PERKENAL KAD MINGGU DEPAN?

Maybank, Grab dan Mastercard dilapor bakal mengumumkan satu kerjasama baharu minggu depan.

Bakal diperkenalkan pada 18 Ogos 2020, produk terkini itu disasarkan kepada pelanggan yang gemar menggunakan peranti mudah alih.  

Untuk satu platform eDompet bekerjasama dengan sebuah bank tempatan dan Mastercard, ia mungkin merupakan pelancarkan kad GrabPay di Malaysia. Kad GrabPay pertama kali diperkenalkan di Singapura dan baru-baru ini di Filipina.  

Dengan adanya kad fizikal ini, pengguna boleh menggunakan GrabPay di lebih banyak lokasi kerana ia dihubungkan kepada akaun eDompet.

Tidak jauh berbeza dengan Apple, kad GrabPay tidak mempunyai sebarang nombor pada bahagian hadapan dan belakang untuk memberi lebih keselamatan. Anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran menerusi chip atas tanpa sentuh di jutaan pedagang seluruh dunia di mana Mastercard diterima.

Bukan itu sahaja, pengguna turut mendapat mata GrabRewards apabila berbelanja.

Tetapan Kad GrabPay

Kad GrabPay juga boleh digunakan untuk transaksi dalam talian. Pengguna boleh menyemak perincian kad seperti nombor, tarikh luput dan CVV menerusi aplikasi GrabPay.

Sama seperti eDompet GrabPay, anda boleh melihat transaksi dan menguruskan teteapan kad melalui aplikasi.

Di Singapura, kad GrabPay menyokong Samsung Pay yang membolehkan anda mengumpul mata Samsung Rewards untuk setiap transaksi. Jadi, kita boleh mengharap ciri sama ditawarkan di Malaysia.

Bagaimanapun, ini hanyalah tekaan kami dan kita akan dapat tahu lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi. Dua bulan lalu, Shopee telah memperkenalkan kad kredit Visa hasil kerjasama dengan Maybank.

Kad kredit Shopee membolehkan pengguna mendapat Shopee Coins untuk transaksi dalam talian dan offline. Mereka juga menerima 5x lebih banyak coins dalam kempen-kempen tertentu. – SoyaCincau

Google ads
Back to top button