Buletin

BELI VARIAN MITSUBISHI TRITON TERPILIH, NIKMATI KADAR FAEDAH SERENDAH 0.88% DENGAN MAYBANK & PUBLIC BANK

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini menawarkan kadar pinjaman serendah 0.88 peratus ke atas varian terpilih dengan Maybank dan Public Bank. Promosi ini sempena sambutan Tahun Baru Cina dan sah sehingga akhir Januari 2020. 

Pelanggan yang mendaftarkan Triton VGT Adventure X,  Triton VGT Adventure AT Premium dan  Triton VGT MT Premium boleh memilih sama ada kadar faedah rendah atau rebat tunai. 

Pada tahun 2019, Triton merupakan satu-satunya jenama dalam segmen trak pikap yang mencatat pertumbuhan positif 2.4 peratus berbanding tahun 2018. 

Pemilik kenderaan Mitsubishi dan trak pikap yang membeli varian terpilih Triton layak menerima rebat tunai RM3,000 dan RM2,000 selain promosi sedia ada.   

Triton VGT Adventure X kini didatangkan dengan ciri seperti monitor keliling, perakam video, pelekat sisi badan dan filem tinted keselamatan.

Varian Triton VGT Adventure AT Premium pula menerima penambahbaikan seperti perakam video, tempat duduk dibalut kulit, serta skrin sentuh bersaiz 7 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto sebagai ciri standard. 

Semua aksesori tambahan ini hanya ditawarkan oleh pengedar sah MMM di seluruh negara. 

Pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Mitsubishi Outlander 2.0 atau 2.4 liter akan menikmati rebat sehingga RM4,000 dan RM2,000 serta penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Google ads
Back to top button