Buletin

MERCEDES-BENZ LANCAR KAD KREDIT LOGAM BERSAMA MAYBANK. TAWAR GANJARAN DAN PENGALAMAN MEWAH KEPADA PELANGGAN

Mercedes-Benz Financial baru-baru ini mengumumkan kerjasama eksklusif bersama Maybank untuk memperkenalkan kad kredit yang pertama seumpamanya dalam industri automotif negara. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Visa akan menjadi rangkaian pembayaran eksklusif untuk tawraan terbaharu itu.  

Kad kredit yang diperbuat daripada material logam itu hadir dalam warna hitam dan lengkap bersama logo Mercedes-Benz yang elegan. 

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan melancarkan kad kredit pertama ini bersama Maybank dan Visa bagi menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan,” jelas Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar. 

Kad tersebut membolehkan pelanggan mengumpul mata 10x TreatsPoints untuk setiap RM1 yang dibelanjakan, diskaun 10 peratus ke atas alat ganti dan barangan rasmi Mercedes-Benz, diskaun 8 peratus untuk program lanjutan jaminan terhad Mercedes-Benz, serta diskaun sehingga 20 peratus untuk program penggantian kereta MobilityPlus.

Selain tawaran eksklusif Mercedes-Benz, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran menarik seperti pulangan tunai sebanyak tiga peratus ke atas pembelian petrol (dihadkan kepada RM50 sebulan), keahlian percuma Accor Plus Explorer, diskaun sehingga 40 peratus apabila makan di hotel-hotel Marriot Bonvoy di Malaysia, yuran percuma di 100 lapangan golf di seluruh dunia dan banyak lagi,  

Pemohon yang layak juga akan menerima pengecualian bayaran tahunan dan yuran tahun seterusnya turut dikecualikan jika pelanggan berbelanja sehingga RM80,000 setahun. 

Permohonan dibuka kepada semua yang mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM100,000. Jika berminat, anda boleh memohon kad kredit ini di semua pengedar sah Mercedes-Benz atau layari laman web: www.mercedes-benz.com.my/mercedescard 

Google ads
Back to top button