Buletin

REBAT TUNAI RM8,000 UNTUK TOYOTA CAMRY HYBRID

Apabila dilancarkan di pasaran tempatan pada April  2015, Toyota Camry 2.5 Hybrid menjadi kenderaan pertama dalam kelasnya yang diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan.

Insentif EEV yang diterima membolehkan Toyota Camry 2.5 Hybrid yang dipasang tempatan itu ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu RM175,000. Tanpa insentif EEV, harganya boleh mencecah lebih RM250,000 seunit.

Toyota-Camry-Hybrid-promo-mekanika (5)

Kini, tawaran tersebut semakin menarik kerana UMW Toyita akan memberikan rebat tunai sebanyak RM8,000 untuk pembelian sedan tersebut. Harus tahu bahawa ia ditawarkan dalam jumlah terhad sehingga stok masih ada sahaja.

Toyota Camry 2.5 Hybrid digerakkan oleh rangkaian kuasa termaju. Enjin petrol bersesaran 2.5 liter itu dipadankan dengan sebuah motor elektrik demi menawarkan prestasi serta penjimatan terbaik.

Toyota-Camry-Hybrid-promo-mekanika (4)

Kombinasi itu berupaya menghasilkan kuasa sehingga 205PS dan tork 213Nm daripada enjin dan 270Nm tork (motor elektrik). Ia kemudian dipadankan dengan transmisi Electronic Continuously Variable (E-CVT). E-CVT yang mempunyai mekanisma agihan kuasa. Ia berfungsi  menghantar kuasa daripada enjin ke generator dan roda.

Tenaga elekrik disimpan di dalam satu pek bateri berkepadatan tinggi dan sentiasa dicaj semula ketika kenderaan bergerak atau membrek. Bagi memberi ketenangan minda kepada pemilik, pek bateri hibrid itu didatangkan dengan jaminan selama lapan tahun.

Toyota-Camry-Hybrid-2016-mekanika (4)

Teknologi Toyota Hybrid Synergy Drive pada Camry Hybrid adalah hasil pengalaman Toyota membangun dan menghasilkan kereta hibrid selama 20 tahun. Toyota mula mengeluarkan model hibrid untuk pasaran massa mulai tahun 1997.

Sama seperti semua model kenderaan penumpang Toyota, Camry 2.5 Hybrid kini hadir bersama jaminan penuh selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan itu boleh dipindah milik kepada pemilik baharu untuk tempoh lima tahun pertama.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Camry 2.5 Hybrid di laman web www.toyota.com.my atau kunjungi mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara.

Google ads
Back to top button