Motosikal

BOON SIEW PANGGIL SEMULA 3,935 UNIT SKUTER AIR BLADE

Boon Siew Honda hari ini mengumumkan bahawa ia memanggil semula semua model skuter Honda Air Blade yang dijual oleh para pengedar sahnya di seluruh negara. 

Skuter dengan kod (K27F) itu dipanggil semula kerana masalah saluran pam bahan api yang boleh menyebabkan enjin mati dan mungkin tidak boleh dihidupkan semula. Masalah itu membuatkan aliran bahan api di antara inlet pam bahan api dan pendesak (impeller) terganggu.

Honda-Air-Blade-recall-mekanika (3)

Sebanyak 3,935 unit Honda Air Blade terlibat dalam kempen ini. Boon Siew Honda akan memastikan semua unit yang terlibat akan diperiksa dengan teliti.

Alat ganti yang terjejas akan diganti secara percuma bagi memastikan keselamatan penunggang dan prestasi skuter ini dapat dioptimumkan sebagaimana sepatutnya.

Jadi, pemilik skuter Honda Air Blade diminta menghubungi talian 1-800-88-3996 untuk membuat temu janji dengan pengedar sah Boon Siew terdekat. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my

Google ads
Back to top button