Buletin

SET LAMBORGHINI ESAVOX UNTUK PENCINTA AUDIO

 

Bila anda buat jenama yang boleh mengumpulkan peminat membeli produk sampingan tanpa soal, maka itu petanda satu kejayaan jenama. Tengok sahaja pada produk Apple, walaupun spesifikasinya biasa-biasa sahaja, mereka mampu menjadikannya hasil akhirnya sebagai produk premium.

Jadi, jika di rumah anda ada sebuah Aventador, dalam ruang tamu ada Apple TV, apa jenis sistem pembesar suara yang nak dibeli?

Memperkenalkan sistem pembesar suara dari Lamborghini.

BACA – ISTERI SONDOL BEZA DENGAN LAMBO

BACA – MENGINAP DI HOTEL, PANDU HURACAN PERCUMA

Lamborghini telah bekerjasama dengan iXOOST dengan menghasilkan sistem audio premium berdasarkan model Aventador. Dock station bersama pembesar suara ini dibina berdasarkan kerangka monocoque dan sistem ekzos terbina dalam mengikut bentuk Aventador.

Dikenali dengan nama Esavox, ia adalah inspirasi dari model flagship yang dijangka mampu menarik pembeli dengan pelbagai ciri unik. Setiap speaker set ini diperbuat dari seramik dan dipasangkan dengan sistem “suspensi” untuk ketegaran bunyi.

Ciri-ciri lain ialah sambungan Bluetooth 4.0, input analog dan output ADC/DAC. Sistem ini dijana oleh 800 watt kuasa dan juga pembahagi bunyi keliling 6.1 dan Lamborghini mendakwa, kesemua bahagian speaker ini adalah eksklusif buatan tangan.

Berapa harganya?

Tidak lah mahal sangat. USD26,000 “sahaja” (RM118,000). Sama dengan harga sebuah Honda HRV spesifikasi penuh.

Tapi bagi orang yang mampu beli Aventador harga pun dah meninggal. Apalah sangat nak beli set speaker ni dan tayangkan di ruang tamu.

 

 

Google ads
Back to top button