BuletinSpyshot

SPYSHOT: TOYOTA C-HR DI TURKI

Kemunculan Toyota C-HR  di Geneva Motor Show 2016 nyata menghipnotis khalayak, sekali gus mengesahkan bahawa Toyota mampu menghasilkan jentera dengan rekaan unik seperti Nissan Juke.

spyshot-toyota-c-hr-turki-mekanika (3)

Tidak menunggu lama, Toyota dilihat  sudah mengeluarkan versi produksi C-HR untuk bersiap sedia bersaing dengan Honda HR-V dan Mazda CX-3.

Imej spyshot yang diambil di kemudahan Toyota di Sarkaya, Turki ini ditawarkan dengan dua warna iaitu merah dan putih. Bagaimanapun, jika diamati bahagian rim versi produksi adalah lebih kecil berbanding C-HR yang dipamerkan pada Geneva Motor Show.

spyshot-toyota-c-hr-turki-mekanika (2)

Versi produksi menggunakan rim aloi sekitar 16 inci manakala  C-HR pada Geneva Motor Show adalah bersaiz 18 inci.

Model C-HR berwarna putih mungkin akan menjadi varian terendah. Hal ini kerana model berkenaan tidak didatangkan dengan ciri lampu LED penuh di hadapan dan belakang. Hanya tersedia dengan lampu projektor halogen.

spyshot-toyota-c-hr-turki-mekanika (4)

Toyota memberitahu  C-HR akan mula dikeluarkan di Turki dan Jepun pada musim luruh ini. Khabarnya juga, pesaing Honda HR-V itu juga bakal dihasilkan di China dan Thailand. Difahamkan, barisan pengeluaran C-HR bakal bermula pada 2018.

C-HR ditawarkan dengan pilihan enjin 1.8 liter dan 2.0 liter.

Foto: Otopark

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button