Buletin

TEMPAHAN CHEVY COLORADO DIBUKA – BERMULA RM95,000

Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Chevrolet di Malaysia mengumumkan bahawa trak pikap Chevrolet Colorado sudah dibuka untuk tempahan.

Generasi kedua yang telah dinaik taraf itu mula diperkenalkan pada acara Naza Merdeka Auto Fair 2016 awal September lalu .

2017-Chevrolet-Colorado-faclift-mekanika (2)

Terus berpegang kepada tagline ‘More Than Just A Truck’, trak premium Amerika Syarikat itu menawarkan pengendalian kemampuan di laluan off-road yang luar biasa. Pada masa yang sama mengekalkan reka bentuk sofistikated, cukup sesuai untuk tujuan kerja dan riadah.

Perubahan ketara pada bahagian luaran dapat dilihat pada penggunaan lampu utama automatik LED dengan ciri Follow Me Home System. Ia dilengkapkan lagi dengan lampu nyalaan siang (DRL) yang diletak di dalam tiub LED.

2017-Chevrolet-Colorado-faclift-mekanika (2)

Colorado akan ditawarkan dengan tiga pilihan enjin –  2.5L Duramax Turbo diesel Fix Geometry Turbocharger (FGT), 2.8L Duramax Turbo-diesel Variable Geometry Turbocharger (VGT) dan enjin serba baharu, 2.5 Duramax Turbo-diesel Variable Geometry Turbocharger (VGT).

Bergantung kepada varian, enjin itu akan dipadankan dengan kotak gear automatik atau manual enam kelajuan. Rangkaian kuasa itu telah ditala untuk memberi lebih prestasi, jimat dan rendah emisi.

2017-Chevrolet-Colorado-faclift-mekanika (1)

Enjin 2.5L Duramax empat silinder turbo-diesel FGT mampu menjana kuasa 163hp dan tork 380Nm. Varian enjin 2.5L berkuasa 180hp dengan tork 440Nm. Manakala enjin  2.8L Duramax VGT menyediakan kuasa paling tinggi mencecah 193hp dan tork 500Nm. Sekali gus menjadikan Colorado sebagai trak pikap paling berkuasa dalam segmennya.

Jentera ini menjadi trak pikap pertama yang dilengkapi sistem penghidup enjin dari jauh. Sistem ini membolehkan enjin dan pendingin hawa dihidupkan lebih awal sebelum pemandu masuk ke dalam kabin.

Dari segi keselamatan, Colorado menerima penarafan lima bintang daripada ANCAP dan ASEAN NCAP. Antara ciri keselamatan aktif yang ada ialah Lane Departure Warning (LDW) dan Forward Collision Alert (FCA).

2017-Chevrolet-Colorado-faclift-mekanika (3)

Trak pikap ini ditawarkan pada harga bermula RM95,000 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 100 tempahan terawal akan menerima jaminan alat ganti serta servis buruh selama tiga tahun atau 60,0000km secara percuma.

Colorado hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km. Skim warna yang ditawarkan pula terdiri daripada putih, hitam, perak, selain dua warna baru iaitu merah dan biru.

Google ads
Back to top button