Modifikasi

PROTON PERDANA 4G63 VR4

Saya masih ingat bila kereta Proton mula jadi model popular untuk domodifikasi anak-anak tempatan yang kreatif.

SONY DSC

Kereta asal yang menjadi mangsa ialah Proton Saga. Sebabnya,  ia murah dan banyak. Walaupun beberapa penyesuaian perlu dibuat untuk memasukkan enjin 4G61T Mirage dan 4G93 VR4, ia terus mengalami proses R&D sehingga drive shaft boleh dibuat di banyak kedai kejuruteraan.

Masa mula-mula pasang pun, enjin ini berkedudukan agak tinggi. Bonet terpaksa ditebuk, CV joint depan selalu saja berketak dan kotak gear 4WD bocor kerana teknik kunci yang salah jadi rutin harian pemilik kereta ini. Itu belum masuk masalah pendawaian akibat campur aduk laluan yang tidak betul.

SONY DSC

Kemudian, timbul pula model Proton Wira. Nah, kerja jasi semakin senang sebab mounting 100 peratus sama. Bagi mereka yang cukup mahir, berhati kental dan tak peduli pasal had dibenarkan, pasang 4WD pada lantai belakang.

Wira dengan enjin penuh kuasa ini adalah kemuncak modifikasi Proton/Mitsubishi, sebelum diteruskan pada model Perdana, Waja dan Gen2. Perdana pun, semasa awal dulu, boleh kata majoritinya menggunakan enjin 6A12TT. Boleh pasang terus sebab enjinnya memang sama saja dengan mount asal. Tetapi apabila zaman semakin canggih, enjin empat silinder yang lebih tahan lasak mula mendapat perhatian.

SONY DSC

Hingga sekarang, Perdana tidak pernah mati dalam arus pembangunan kereta Proton. Ini salah satu contohnya. Pemilik Perdana Sei ini bernama Mohd Zahelan, berumur 29 tahun dan dia memilih enjin 4G63 VR4 yang lebih otai.

Realitinya, enjin VR4 lebih lasak kalau dibandingkan dengan mana-mana siri enjin 4G63 dalam keluarganya. Enjin ini dipasang dengan turbo TD05G yang dimount atas manifold banana buatan custom. Seterusnya ialah tekanan boost 1.5 bar, wastegate Tial, blow-off HKS SSQV dan sebuah intercooler custom. Bahan api pula dihantar oleh sebuah pam Walbro.

SONY DSC

Kuasa dialihkan ke permukaan jalan dengan kotak gear manual yang semakin susah untuk diperolehi. Kotak gear ini kalau lengkap dengan pedal, shifter bagai boleh cecah harga mas kahwin taraf sederhana. Menguatkan lagi kotak gear Peranda ini ialah klac perlumbaan Exedy. Lupa pula saya nak bagitau, paip ekzos kereta ini tidaklah besar mana, 2.5 sahaja dengan muffler APEXi.

Apabila dah laju dari biasa, adalah lebih afdal jika pasangkan dengan suspensi yang senonoh untuk membezakan tiang lampu dan divider dengan permukaan jalan raya. Memandangkan ia sebuah kereta Jepun, maka ada banyak yang boleh dipilih termasuklah yang jenis terpakai buatan TEIN, yang boleh ubah suai tinggi rendah dan keras lembut. Brek Eterna dan pad Bendix memang sudah memadai untuk memberhentikan kereta ini dengan selamat.

SONY DSC

Rim TE37 Takata green dengan offset concave memang champion untuk sebuah sedan Jepun. Tetapi membeli yang asli boleh menyebabkan ekonomi tempatan terlungkup. Terima kasih kepada si Pinoy Rota wheel yang meniru bulat-bulat spesifikasi TE37 ini. Saiznya 18 inci dengan tayar Toyo 225/40r18. Apa yang anehnya, walaupun Rota meniru Volks, ada pula rim Taiwan/China yang tiru Rota.

Bahagian dalaman dipasang dengan sepasang tempat duduk Bride Low Max karbon yang originalnya memang susah nak jumpa. Jadi, guna sahaja model replika sahaja. Tak mengapa sebab kualiti buatannya sudah hampir 100 peratus sama, manakala harganya mungkin satu perlima berbanding yang original.

SONY DSC

Sterengnya ialah Momo empat jejari dan pedal kawalannya juga Momo. Susunan meter di atas papan pemuka pada hari ini dah jadi semakin rare akibat kemahiran pencuri moden yang berupaya mengghaibkannya dalam masa kurang 0.05 saat.

Akhir sekali, padanan bodykit yang merupakan kepala Galant VR-G di bahagian hadapan. Turut dipasang bra depan atau hood cover. Pada bumbung terdapat sunroof Eterna yang datang dengan roof visor ori buatan Jepun. Akhir sekali, kereta disembur dengan warna putih kristal.

SONY DSC

Alangkah bagusnya kalau Proton terus buat dan jual kereta dengan platform Mitsubishi. Ia takkan habis, orang terus beli dan diubah suai. Ia bagus untuk ekonomi domestik bermakna orang berbelanja dan inflasi tak akan meningkat. Peh. Power juga ayat ekonomi gua ni.

Tengok pada Perodua, saya rasa salah satu sebab yang buat Perodua kaya adalah strateginya yang pasang balik kereta Toyota/Daihatsu. Tak payah susah-susah R&D buat kilang bagai at last power window kena bagi jaminan sepanjang hayat. Itu tak apa lagi, design kereta merapu? Wallahualam…
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button