Buletin

TOYOTA HILUX 2016 – RAJA PIKAP SUDAH SAMPAI!

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) akhirnya melancarkan Toyota Hilux serba baharu pagi tadi. 

Toyota-Hilux-2016-mekanika (10)

Toyota Hilux yang menjadi trak pikap paling laris di Malaysia sejak 10 tahun lalu kini sudah memasuki generasi kelapan. Model tersebut dipasang di kilang UMWT di Shah Alam, Selangor.

“Kami yakin Toyota Hilux akan diterima baik oleh pelanggan di Malaysia seperti sebelumnya. Ia bukan sahaja tampil dengan reka bentuk segar, teknologi baharu dan prestasi lebih baik, malah terus memberikan nilai baik untuk wang,” kata Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (4)

Model Hilux adalah sebahagian daripada projek Kenderaan Inovatif Pelbagai Guna antarabangsa (Projek IMV). Ia berkongsi platform, serta banyak komponen dan sistem dengan SUV Fortuner.

Hilux mengekalkan popularitinya dengan lebih 200,000 unit berjaya dijual di seluruh negara sejak diperkenalkan pada tahun 2005. Trak pikap itu menguasai sebanyak 52 peratus pasaran.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (13)

Hilux didatangkan dalam 6 varian menerusi konfigurasi Double Cab dan Single Cab dengan dua pilihan enjin baharu iaitu 2.4 liter dan 2.8 liter. Harga atas jalan bermula RM89,900 seunit.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (12)

Siri engin baharu ini menawarkan kuasa tork, maklum balas dan penjimatan yang lebih baik. Walaupun bersesaran lebih kecil, outputnya adalah lebih tinggi. Enjin itu kemudian dipadankan transmisi automatik atau manual enam kelajuan.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (2)

Casis Hilux dikatakan lebih tegar dengan 45 peratus lebih titik kimpalan dan plat besi regangan tinggi. Ia membuatkan kerangka badan lebih tahan lama. Pada masa sama, meningkatkan keselesaan dan pengendalian pemanduan.

Antara ciri baharu ialah Active Traction Control (A-TRC) yang menyerupai fungsi limited-slip differential (LSD) untuk memaksimumkan cengkaman semasa memandu di permukaan mencabar.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (15a)

Ruang kabin jentera ini menggunakan material berkualiti tinggi. Tahap NVH juga dikurangkan untuk pengalaman pemanduan lebih selesa.

Daris segi keselamatan pula, brek ABS adalah ciri standard pada semua varian Hilux dan Fortuner. Di samping tiga beg udara SRS hadapan (beg udara ketiga pada lutut pemandu). Untuk varian tertinggi kedua-dua model, tujuh beg udara disediakan.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (1)

Sama seperti model baharu lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor sejak 1 April 2016, Hilux dan Fortuner didatangkan dengan jaminan 5 tahun.

UMW Toyota Motor menyasarkan untuk menjual kira-kira 27,000 unit Hilux menjelang akhir tahun ini. Sejak tempahannya dibuka pada 1 April lalu, lebih 3,000 uit Hilux telah ditempah. Toyota Hilux serba baharu ini akan berada di semua bilik pameran di seluruh negara bermula hari ini.

Toyota-Hilux-2016-mekanika (11)

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.toyota.com.my atau hubungi talian percuma Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

Google ads
Back to top button