BuletinMotosikal

YAMAHA MONOPOLI SEGMEN MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI 2018

Jika anda rasa Yamaha Y15ZR, yamaha LC135, Lagenda, Nmax dan NVX itu cukup berjaya, sebenarnya Hong Leong Yamaha Malaysia juga menguasai segmen motosikal berkuasa tinggi.

Secara keseluruhannya, prestasi jualan industri motosikal tahun lalu meningkat – didorong oleh “percutian cukai” yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi pilihanraya ke 14 tahun lalu.

BACA: YAMAHA LANCAR TRACER 900GT

Pasaran bagi motosikal berkuasa 200cc ke atas naik tujuh peratus melebihi 20,000 unit pada 2018.

Sementara itu, Yamaha mencatat jualan lebih enam ribu unit, mewakili 20 peratus daripada pasaran tempatan menjadikan mereka di tempat pertama.

Umum mengetahui bahawa Yamaha baru sahaja memasuki pasaran motosikal di atas 200cc. Mereka bermula dengan XJ6 sementara itu pemain utama seperti Kawasaki sudah lama dalam segmen ini.

Jelasnya, Yamaha masih merupakan jenama kepercayaan rakyat Malaysia dan menerusi prestasi jualan keseluruhan 2018, HLYM membuktikan bahawa strategi pemilihan produk, jualan dan pemasaran mereka berada di landasan yang tepat.

Google ads
Back to top button