
BYD ATTO 3 2024; BATERI KAPASITI 60.48KWH, JARAK GERAK 480KM, HARGA BERMULA RM149K
Selain pelancaran BYD Seal Dynamic, turut diperkenalkan hari ini adalah BYD Atto 3 Extended Rage 2024, didatangkan dengan kapasiti bateri lebih besar.
Menerusi pek bateri Blade litium logam fosfat (LFP) berkapasiti 60.48kWh, ia berupaya menawarkan jarak gerak sejauh 480km dalam kitaran NEDC.
Sebagai perbandingan, versi terdahulu dibekalkan dengan bateri berkapasiti 49.92kWh, menawarkan jarak gerak 410km.
Bagaimanapun, ia masih dijana oleh motor elektrik tunggal memacu roda hadapan, menghamburkan 204PS dan tork 310Nm.

BYD Atto 3 Extended Range 2024 mempunyai daya pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.
Kemaskini lain termasuklah menyokong input AC (Type 2) dengan kadar maksimum 7kW, sistem pengecas pantas DC (CCS2) dengan kadar maksimum 88kW, selain mempunyai fungsi V2L.
Dari segi penggayaan, ia tampil dengan rim aloi baru 18-inci berbanding 17-inci sebelum ini, lampu hadapan LED dengan fungsi adaptif, lampu belakang LED, tailgate dengan butang satu sentuhan serta dilengkapi bumbung panaromik.
Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi sistem audio lapan pembesar suara, pemegang pintu dengan pencahayaan ambien – kesesuaian pelbagai warna dengan ritma muzik, kemasan hitam pada papan pemuka serta tempat duduk, yang diserlahkan lagi melalui kemasan merah.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pengecas tanpa-wayar, skrin infotainment 15.6-inci, lebih besar berbanding sebelum ini, 12.8-inci serta masih menerima ketersambungan Android Auto/ Apple CarPlay dan sistem penapisan PM2.5.
BYD Atto 3 Extended Range 2024 didatangkan dalam empat pilihan warna;
- Surf Blue
- Ski White
- Boulder Grey
- Cosmos Black
Untuk ciri keselamatan, ia menerima kelengkapan seperti berikut:
- Enam-beg udara bersama tambahan beg udara tengah untuk pemandu
- Bantuan menurun cerun
- Penderia parkir hadapan dan belakang
- Kamera pemantau 360-darjah
- Brek auto-hold
- Brek kecemasan automatik dengan amaran pelanggaran hadapan
- Cruise control adaptif dengan fungsi stop & go
- Amaran pelanggaran belakang
- Pemantau titik buta
- Amaran buka pintu
- Amaran lintasan trafik belakang
Beralih pada harga, BYD Atto 3 Extended Range 2024 boleh dimiliki pada harga bermula RM149,800.
Bagi 300 tempahan pertama BYD Atto 3 Extended Range 2024, ia datang dengan Wallbox Home Charger, pakej servis 3 tahun dan cukai jalan percuma 4 tahun.
GALERI:





- BACA: VOLVO TAWAR PELUANG EKSKLUSIF; JADI YANG PERTAMA PANDU VOLVO EX30 DI KL BASE, BERLANGSUNG 26 – 29 SEPTEMBER
- BACA: CUPRA TERRAMAR – SUV LAJU DARI SEPANYOL DENGAN PELBAGAI PILIHAN TRENKUASA
- BACA: BYD SEAL DYNAMIC DILANCARKAN – JANA 201HP, JARAK GERAK 510KM, HARGA BERMULA RM163K
- BACA: MERCEDES LABUR RM9.2 BILION DI CHINA UNTUK BERSAING DENGAN PENGELUAR EV



