
BYD SEAL DYNAMIC DILANCARKAN – JANA 201HP, JARAK GERAK 510KM, HARGA BERMULA RM163K
Selepas ketibaan BYD Seal secara rasmi di pasaran tempatan Februari lalu, BYD hari ini melancarkan satu lagi varian iaitu BYD Seal Dynamic, sekaligus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna.
Varian Dynamic ini akan menyertai dua lagi varian Premium dan Performance, masing-masing ditawarkan pada harga bermula RM179,800 dan RM199,800.
Bagi BYD Seal Dynamic, ia ditawarkan pada harga bermula RM163,800.
Dari segi dimensi, ia berukuran berukuran 4,800mm X 1,875mm X 1,460mm, jarak roda pada 2,920mm.

BYD Seal Dynamic didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu;
- Cosmos Black
- Aurora White
Gaya luaran, ia tampil dengan konsep ‘X’, menggabungkan gaya, prestasi serta reka bentuk aerodinamik selain, dipadankan bersama ciri-ciri seperti garis badan ombak, kaca panorama, rim aloi 18-inci dan lampu belakang LED.
Di bahagian dalam, ia menerima kemasan Hitam Thaumas, penukar gear kristal, skrin sentuh berputar 15.6-inci dengan sokongan sistem pintar BYD dan disepadukan bersama Aplikasi BYD.
Perincian lain termasuklah disertakan bersama sistem audio premium 12-pembesar suara Dynaudio dan dilengkapi sistem penapisan PM2.5.
Beralih pada kuasa, Seal Dynamic dibekalkan dengan bateri berkapasiti 61.44kWh yang jauh lebih rendah daripada model Premium dan Performance.

Ia berupaya menghasilkan 201hp dan tork 310Nm, mampu memecut 0-100km/j dalam tempoh masa 7.5 saat.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri vehicle-to-load (V2L) serta mempunyai ruang but berkapasiti 400L dan tambahan 50L di bawah bonet.
Inilah sebabnya mengapa tidak menghairankan untuk melihat bahawa varian Dynamik mempunyai jarak gerak terendah dalam keluarga Seal, iaitu pada 510km.
Sebagai perbandingan, perincian adalah seperti berikut:
- Premium: Kuasa maksimum 309hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 650km
- Performance: Kuasa maksimum 523hp, pek bateri 82.56kWj, jarak gerak maksimum 580km
Selain itu, kelajuan pengecasan DC untuk Seal Dynamic juga terhad kepada 110kW, tidak seperti dua varian lain yang boleh mencapai setinggi 150kW.
Mengenai pengecasan AC, model asas masih menampilkan pengecas onboard AC 7kW sama seperti dua varian lain.

Dari segi keselamatan, ia didatangkan dengan kelengkapan sistem kamera resolusi tinggi 360 darjah, sistem bantuan pemanduan tercanggih (ADAS) terdiri daripada Amaran Pelanggaran Berdepan, Brek Kecemasan Automatik, Bantuan Pengekalan Lorong dan banyak lagi.
Seperti dinyatakan di atas, BYD Seal Dynamic boleh dimiliki pada harga bermula RM163,800.
Bagi ketenangan minda pengguna, BYD turut menawarkan waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km, waranti high-voltage 8 tahun atau 160,000km serta waranti unit pemanduan 8 tahun atau 150,000km.
GALERI:




















- BACA: MERCEDES LABUR RM9.2 BILION DI CHINA UNTUK BERSAING DENGAN PENGELUAR EV
- BACA: PEUGEOT MALAYSIA TAWAR PENYELENGGARAAN PERCUMA SELAMA 5 TAHUN BERMULA 1 SEPTEMBER 2024
- BACA: SAIC MOTOR KEKAL KUASAI PASARAN CHINA, JUMLAH PENGHANTARAN KENDERAAN 2.12 JUTA UNIT
- BACA: PENDUDUK PANGSAPURI LETAK KENDERAAN DI PARKIR MEDAN SELERA, PARA PENIAGA TAMPAL NOTA LARANGAN