Buletin

VOLVO TAWAR PELUANG EKSKLUSIF; JADI YANG PERTAMA PANDU VOLVO EX30 DI KL BASE, BERLANGSUNG 26 – 29 SEPTEMBER

Volvo Car Malaysia menawarkan peluang eksklusif kepada para pelanggan untuk merasai pengalaman memandu SUV elektrik sepenuhnya, Volvo EX30, dalam acara Volvo EX30 Experience.

Berlangsung dari 26 hingga 29 September di KL Base, Sungai Besi, acara ini dijangka menarik minat ramai kerana ia akan menjadi pengalaman pemanduan yang pertama seumpamanya selepas pelancaran rasmi model ini pada 25 September.

Volvo EX30 merupakan SUV kompak dipenuhi teknologi canggih, termasuk sistem bantuan parkir baharu, Google Built-In, sistem Pilot Assist yang telah dinaik taraf, serta kesedaran sekeliling 360° – dilengkapi dengan kamera, sensor, dan radar untuk keselamatan maksimum.

Selain itu, Volvo EX30 juga merupakan kereta Volvo paling pantas dan paling mesra alam dengan jejak karbon terendah dalam sejarah syarikat.

Pelanggan yang hadir ke Volvo EX30 Experience akan dapat:

  • Memahami pelbagai idea kecil, inspirasi, pengiraan dan ujian yang dilakukan untuk memberikan impak besar dalam reka bentuk Volvo EX30.
  • Melihat, menyentuh, mendengar, dan memandu sendiri Volvo EX30.
  • Mempelajari teknologi canggih dan ciri keselamatan Volvo EX30 dalam satu sesi pemanduan kereta yang interaktif.
  • Merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik Volvo EX30 di landasan lapangan terbang ikonik Sungai Besi.
  • Menikmati pemanduan Volvo EX30 yang dilengkapi dengan reka bentuk yang mesra bandar
  • Nikmati layanan mesra Scandinavia yang diiringi oleh perunding berpengetahuan dari pengedar sah Volvo.

Acara ini akan berlangsung setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang, dan tempat adalah terhad berdasarkan pendaftaran awal.

Bagi yang berminat, pendaftaran boleh dibuat di https://forms.volvocarmalaysia.com/ex30

Pelanggan juga boleh membuat tempahan dalam talian untuk Volvo EX30 bermula 25 September.

Untuk maklumat lanjut, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di platform media sosial mereka.

Google ads
Back to top button