Buletin

BYD DOLPHIN. RUPA MACAM JAZZ, CAJ 5 MINIT DAPAT 150KM, HARGA BERMULA RM65K

Pengeluar dari China sememangnya aktif dalam menghasilkan kenderaan elektrik. Sama ada firma kecil atau besar, pasti ada sahaja model baharu yang diperkenalkan ke pasaran automotif terbesar di dunia itu.

Terbaharu, BYD mendedahkan model terbaharunya yang dikenali sebagai BYD Dolphin. Menjadi model pertama BYD menggunakan e-platform 3.0 dan sistem elektrik 800V yang murah, jentera itu didakwa mampu mencapai jarak sejauh 150km selepas dicaj selama lima minit menggunakan pengecas pantas.    

Sekali pandang, reka bentuk BYD Dolphin kelihatan seperti Honda Jazz. Apa yang lebih menarik,  harganya cukup mampu milik iaitu cuma RMB100,00 (RM65,200) seunit.

Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China, Dolphin hadir dalam dua varian. Varian SR (standard Range) yang hanya seberat 1,285kg dipasang dengan pek bateri 30.72kWh dan mampu menawarkan jarak sejauh 301km.

Bagi yang inginkan jarak lebih jauh, mereka boleh memilih varian LR (Long Range) dengan pek bateri 44.93kWh. Pek bateri tambahan jenis Blade Battery itu membolehkanya bergerak sejauh 405km dengan sekali caj.

Jika benar BYD boleh mencapai jarak 150 dengan caj selama lima minit dan kemudahan mengecaj pula banyak, pelanggan mungkin tidak memerlukan pek bateri yang besar.

Harus tahu juga bahawa Blade Battery itu dikatakan boleh mencapai jarak sehingga 1.2 juta kilometer.  
Dengan semua kelebihan ini, adakah BYD akan menawarkan Dolphin untuk pengguna di China sahaja?

Pasaran Eropah yang memang giat beralih kepada kenderaan elektrik pastinya teringin juga membelinya.

Google ads
Back to top button