" "
Buletin

ROYAL ENFIELD METEOR 350 2023 TERIMA WARNA BAHARU

Apabila Royal Enfield memperkenalkan Meteor 350 ia menjadi jentera dua roda yang lebih berkuasa. Dengan reka bentuk menarik dan tanda harga yang mesra poket, Meteor 350 pantas menarik perhatian, terutama dalam kalangan pengguna di Asia dan Eropah.

Royal Enfield Meteor 350 yang mampu milik dan ringan kini tampil lebih menarik dengan pilihan warna hijau matte dan warna biru baharu. Fireball merupakan versi paling murah dan ditawarkan pada harga cuma AS$4,372 (RM19,600) seunit.

Supernova, model paling mahal pula boleh didapati dalam warna Supernova Red iaitu skema warna hitam dan merah yang bergaya. Perehat belakang pembonceng, cermin depan dan kemasan krom menjadi antara ciri tambahan pada Supernova yang berharga AS$4,571 (RM20,500).

Varian Stellar yang tidak mempunyai cermin penghadang angin tetapi mempunyai aksen krom dan penyandar untuk pembonceng diposisikan di antara model Fireball dan Supernova. Tidak mengejutkan, Stellar berharga kira-kira AS$4,471 (RM20,054).

Motosikal berkenaan dikuasakan oleh enjin silinder tunggal dengab sistem penyejukan udara yang mampu menjana kuasa sekitar 20hp pada 6,100 pm dan trundles bersama-sama tork 25.6Nm pada 4,000rpm.

Kini terdapat tiga variasi peralatan dan sepuluh varian warna tersedia untuk Royal Enfield Meteor 350 2023. Brek cakera dengan sistem ABS di hadapan dan belakang disediakan. Jentera itu juga hadir dengan paparan instrumen LCD, port USB, lampu belakang LED serta pod navigasi Tripper sebagai ciri pilihan.

Google ads
Back to top button