BYD DESTROYER 05 HONOR EDITION DILANCARKAN – TAMPIL LEBIH SPORTY, JANA 108HP
BYD secara rasmi melancarkan Honor Edition bagi model sedan kompak, Destroyer 05 pada 19 februari lalu.
Kemas kini baharu ini datang dalam enam konfigurasi berbeza termasuk menawarkan dua pilihan jarak gerak elektrik sepenuhnya iaitu 55km dan 120km (berdasarkan piawaian NEDC).
Bersama-sama dengan keluaran itu, BYD telah menyediakan pelbagai faedah pembelian untuk pembeli kali pertama, termasuk pelan 2 tahun tanpa faedah serta naik taraf sistem OTA percuma.
Dari segi reka bentuk, model baharu itu mengekalkan bentuk gril polygon, salur udara menegak yang besar pada kedua-dua sisi, memberikan kenderaan itu penampilan lebih sporty.
Selain itu, Destroyer 05 turut menawarkan pilihan warna badan baharu “Inkstone Blue” sekaligus meningkatkan kecanggihan keseluruhannya.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,780mm panjang, 1,837mm lebar, dan 1,495mm tinggi, dengan jarak roda 2,718mm.
Beralih ke bahagian dalam, model baharu itu dilengkapi dengan ciri standard seperti penghawa dingin di bahagian belakang, penyaman udara automatik, skrin terapung adaptif berputar 12.8-inci, sistem sambungan pintar DiLink. dan kunci digital.
Mengenai rangkaian kuasa, Honor Edition dilengkapi dengan sistem hibrid plug-in DM-i BYD, yang terdiri daripada enjin 1.5L dan motor segerak magnet kekal.
Nadi berkenaan memberikan output kuasa maksimum 108hp dan tork 135Nm manakala motor elektrik menawarkan dua pilihan kuasa: 177hp dengan tork 316Nm atau 194hp dengan tork 325Nm, bergantung pada varian.
Beralih pada harga, kemaskini baharu ini ditawarkan pada harga sekitar AS$11,000 (RM52,712) hingga AS$17,900 (RM85,776).
- BACA: KIA CARNIVAL UNTUK AS, 3.5L V6 GDI DAN 1.6L TURBO HIBRID
- BACA: JAGUAR I-PACE BEKAS MILIK RAJA CHARLES BAKAL DILELONG
- BACA: VOLKSWAGEN ID.7 TOURER DIPERKENALKAN DI EROPAH – JANA 282HP, JARAK GERAK 685KM
- BACA: 1,000 KENDERAAN JENAMA MILIK VOLKSWAGEN DISITA, TERPALIT ISU LANGGAR HAK ASASI MANUSIA