
JAGUAR I-PACE BEKAS MILIK RAJA CHARLES BAKAL DILELONG
Ini mungkin diantara kereta milik kenamaan yang mungkin menjadi buruan orang ramai apabila ianya disahkan akan dilelong. Dan kereta ini dan pemiliknya bukanlah calang – calang. Ini adalah Jaguar I-Pace, milik peribadi Raja Britain, Raja Charles III. Menariknya, ia adalah kereta elektrik pertama milik Keluarga DiRaja British yang akan dilelong.
Untuk rekod, Jaguar I-Pace ini dibeli oleh Raja Charles untuk kegunaan peribadi dan ianya telah disediakan terus secara langsung oleh Jaguar Land Rover dan ianya merupakan Jaguar I-Pace milik keluarga diraja yang tiada tandingan.
Dan model Jaguar I-Pace yang milik Raja Charles ini adalah model spesifikasi tinggi EV400 HSE dengan kapasiti pek bateri 90 kWh. SUV elektrik ini mampu bergerak sehingga lebih kurang 378 kilometer. Model yang boleh ditakrifkan sebagai Istimewa ini juga didatangkan warna yang khas Loire Blue.

Atas permintaan peribadi Raja Charles, SUV elektrik berspesifikasi tinggi itu telah disiapkan secara unik dalam warna ‘Loire Blue’, dan kekal sebagai satu-satunya I-Pace yang dicat dalam warna ini. Manakala penumpang yang berada di dalam kereta menikmati dalaman kulit yang mewah dan juga kontras menggunakan Light Oyster Windsor.
Membeli pacuan semua roda mewah lima tempat duduk I-Pace EV400 HSE dengan harga kira-kira £60,000 (RM363,804) Raja Charles telah menerima penghantaran pada September 2018, diikuti dengan pemasangan pengecasan pantas yang telah dipasang di Clarence House, kediaman rasmi Raja Charles di London.
Untuk rekod, semenjak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018 yang lalu, Jaguar I-Pace ini adalah sebuah model yang hebat juga apabila pernah memenangi beberapa anugerah. Pada 2019, SUV elektrik ini pernah memenangi anugerah Kereta Terbaik Eropah yang mana ianya merupakan kereta pertama Jaguar yang pernah memenanginya. Tahun yang sama juga Jaguar I-Pace ini memenagi anugerah Kereta Terbaik Dunia, Reka Bentuk Terbaik dan juga Kereta Hijau Terbaik.

Ianya pernah dipandu sendiri oleh Raja Charles sambil ditemani Ratu Camilia dan ahli keluarga diraja yang lain namun ianya telah diserahkan semula kepada Jaguar pada Disember 2020 melalui pengendar yang dilantik Jaguar North Oxford.
Pemilik semasanya Karen French dari Bampton, Oxfordshire hanya menyedari sejarah yang dimiliki oleh kereta ini setelah memiliknya kemudian. Dan kini beliau memutuskan untuk melakukan perubahan dengan melepaskannya.
Jaguar I-Pace ini bakal dilelong di Ascot Racecourse pada 2 Mac 2024 nanti oleh Historics Auctioneers. Model yang pernah menjadi milik keluarga diraja ini dijangka dilelong pada anggaran harga £55,000-£70,000 (RM333650 – RM424645).
BACA : JAGUAR I-PACE KINI DI MALAYSIA. 400PS/696NM, 470KM SEKALI CAJ, BERMULA RM460K
BACA : JAGUAR I-PACE TAMPIL LEBIH MANTAP DENGAN PEK ‘I-PACE STEALTH’ – HARGA BERMULA RM12K



