
VOLKSWAGEN ID.7 TOURER DIPERKENALKAN DI EROPAH – JANA 282HP, JARAK GERAK 685KM
Volkswagen kembali memperkasa landskap kenderaan elektrik dengan pelancaran model terbaru mereka, Volkswagen ID.7 Tourer di Eropah.
Wagon EV ini menampilkan kombinasi unik antara prestasi, keselesaan, dan ketangkasan, menjadikannya pilihan utama bagi pemandu yang mementingkan perjalanan jarak jauh.
Dari segi dimensi, VW ID.7 Tourer berukuran 4,961mm panjang, 1,862mm lebar, 1,536mm tinggi, dan jarak roda 2,971mm.
Ia mempunyai kapasiti kargo 605 liter dan ia boleh menjadi 1,714 liter apabila tempat duduk belakang diturunkan.

Perincian lain termasuklah dilengkapi bumbung polymer-dispersed liquid crystal (PDLC) serta rim bersaiz 19-inci hingga 21-inci.
Di bahagian dalam, ia tidak berbeza dengan sedan ID.7, menerima kluster instrumen digital kecil yang sama dan skrin sentuh tablet 15-inci, ciri kawal suara IDA dengan penyepaduan teknologi AI ChatGPT serta head-up display yang kini menunjukkan arahan navigasi daripada Apple CarPlay/Android Auto.
Secara mekanikal, Volkswagen ID.7 Tourer dijana oleh motor elektrik tunggal di belakang, berupaya menghasilkan 282hp dan 545Nm tork.

Bagi varian Pro, ia dipacu oleh pek bateri berkapasiti 77kWh sementara Pro S pula dipadankan bersama bateri 86kWh.
Untuk rekod, ia menawarkan jarak gerak sejauh 685km bagi setiap pengecasan penuh.
Beralih kepada pengecasan, ia hanya mengambil masa kurang daripada 30 minit menerusi pengecasan DC untuk pengecasan 0 peratus hingga 80 peratus.
Bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini, VW bagaimanapun masih belum mendedahkan harga, tetapi ia dijangka lebih mahal berbanding MG5 atau Peugeot e-308.
GALERI:








- BACA: 1,000 KENDERAAN JENAMA MILIK VOLKSWAGEN DISITA, TERPALIT ISU LANGGAR HAK ASASI MANUSIA
- BACA: VOLVO EX40, EC40 DAN XC40 BLACK EDITION TAMPIL MENAWAN!
- BACA: 3 RIBU LAND ROVER DEFENDER DENGAN KIT UBAH SUAI URBAN AUTOMOTIVE, SUV MEWAH DAN GARANG!
- BACA: VINFAST DEDAH HARGA JUALAN ENAM MODEL UNTUK PASARAN INDONESIA, BERMULA RM76K – RM153K