Motosikal

HONDA RS-X KINI DENGAN WARNA BAHARU – RM9,798

Kapcai popular dari Boon Siew Honda, Honda RS-X telah dikemas kini bagi tahun 2024 dengan pilihan warna baharu. 

BSH dalam satu kenyataan memaklumkan Honda RS-X kini hadir dengan warna Mat Ion Blue Metallic dan akan mula dijual pada 22 Februari ini dengan harga jualan RM9,798 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Bagaimanapun, kemas kini ini hanya melibatkan warna dan tidak kepada spesifikasi lain yang masih kekal sama termasuk enjin satu silinder 150cc DOHC Euro 4 yang berupaya menjana 15.8hp dan 13.6Nm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk ABS, pencahayaan LED, serta speedometer digital. 

Google ads
Back to top button