
DR AID FAWZAL: APA PERBEZAAN MINYAK BREK DOT3, DOT4 DAN DOT5?
Artikel di bawah merupakan coretan rasmi dari laman Facebook Dr. Aid Fawzal
Rakan subscriber FB saya, Muhammad Asri tanya, apa beza & kelebihan minyak brek DOT 3, DOT 4 & DOT 5? (Gambar 1).
Untuk yang tak tau apa DOT tu, boleh tengok contoh pada botol minyak brek Petronas pada gambar di atas. Ada tulis DOT & nombor.
Gred minyak brek ni dikawal pada awalnya oleh Department of Transportation (DOT) Amerika. Walaupun negara² lain dah ada kawalan tersendiri, istilah DOT tu masih digunakan untuk gred minyak yang dah ditetapkan terlebih dahulu.
Perbezaan utama gred minyak brek DOT 3, DOT 4 & DOT 5 ni adalah pada suhu gelegak maksimum.

Ada dua jenis suhu yang diukur (gambar 3):
1) Suhu gelegak kering (Dry Equilibrium Reflux Boiling Point)
• Suhu ini adalah suhu asal sesuatu minyak tersebut. Ia diukur apabila minyak masih baru & masih tiada serapan air (water).
Tapi bila brek digunakan dengan kerap, ia akan mengalami suhu panas dan sejuk berulang². Ini menyebabkan berlakunya pemeluwapan air. Maka minyak brek tersebut tak lagi murni (pure). Dengan tu, ukuran kedua digunakan (gambar 4).

2) Suhu gelegak basah (Dry Equilibrium Reflux Boiling Point)
• Suhu ini adalah apabila minyak telah digunakan dan mempunyai kandungan air sekitar 3.7%.
Jom kita ambil suhu gelegak kering sebagai perbandingan (gambar 5). Suhu DOT 3 boleh mencapai 205degC berbanding DOT 4 pada suhu 230degC dan DOT 5.1 pada 260degC.
Ini menunjukkan lagi tinggi gred minyak brek, lagi tinggi kemampuan minyak ni tahan sebelum dia gelegak. Dengan maksud yang lain, lagi tinggi gred minyak brek, lagi sesuai untuk kegunaan ‘extreme’ seperti perlumbaan. Dan semestinya makin mahal lah.

Sebab tu kereta lumba guna gred yang tinggi seperti DOT 5. Untuk kegunaan harian tak perlu lah berlebih²an. DOT 3 atau DOT 4 ngam dah, ikutlah spesifikasi kereta korang.
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
*Sumber gambar 2: Shoopee
*Sumber gambar 3: Engineerine
*Sumber gambar 4: GoMog
*Sumber gambar 5: Penrite Oil
**Rakan kita yang bertanya tu adalah subscriber pertama saya. Terharu sangat. Siapa yang subscribe, akan masuk satu grop & insyaallah saya akan bantu jawab soalan2 teknikal dalam tu. Kita kongsi² ilmu.



