
WRC2 - ANDREAS MIKKELSEN JUARA WALAU PUN HANYA MENDUDUKI TEMPAT KE 13 DI CENTRAL EUROPEAN RALLY
Pemandu dari Norway, Andreas Mikkelsen berserta Juruarah Torsten Eriksen berjaya memenangi Wolf Power Stage sewaktu perlumbaan Central European Rally sekali gus munucl juara FIA WRC2 bagi musim 2023 ini.
Ini mungkin perlumbaan yang paling diingati oleh Andreas Mikkelsen sepanjang kerjaya beliau dalam dunia rali. Beliau berjaya mendapatkan tahta kejuaraan WRC2 2023 dalam keadaan menamatkan perlumbaan di Central European Rally tempat ke 13 keseluruhan, kira kira 13 minit di belakang pemenang Niclas Ciamin.

Andreas Mikkelsen hampir kehilangan kejuaraan yang dinantikan pada perlumbaan hari Jumaat sementelah mengalami masalan dengan Skoda Fabia RS Rally2 beliau hingga menyebabkan kehilangan masa berharga kira – kira 10 minit.
Namun ternyata rezeki masih berpihak kepada beliau apabila pesaing rapat kejuaranan Yohan Rossel yang memandu Citroen C3 Rally2 berlanggar dengan pokok menjadikan seorang lagi pemandu Gus Greensmith sebagai satu satunya pesaing yang mampu menghalangnya untuk meraikan kejayaan.
Namun malangnya Gus Greensmith dilihat agak bergelut apabila turut mengalami masalah tayar pancit. Lebih malang lagi apabila beliau yang turut memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 ini gagal mengutip sebarang mata tambahan sekali gus menyebabkan mata keseluruhannya adalah 111 mata, sama seperti Andreas Mikkelsen.

Sungguh pun demikian, Andreas Mikkelsen, tidak seperti pesaingnya, masih mempunyai baki satu pusingan mata untuk perlumbaan. Tiga kemenangannya setakat musim ini, berbanding dengan dua kemenangan Gus Greensmith, menjadikannya sebagai pilihan juara. Tanpa mengira keputusannya di Rali FORUM8 Jepun bulan depan, pemain berusia 34 tahun itu tidak lagi boleh dinafikan kemenangannya.
“Kami tahu tidak akan rugi apa – apa ketika memasuki peringkat Power Stage. Tidak kisah menang atau kalah, kami betul – betul memecut dan semuanya kelihatan sempurna. Saya cukup gembira kerana ianya sudah memadai,” ujar Andreas Mikkelsen.

Sementara itu, pemenang tempat pertama, Niclas Ciamin berjaya mengambil kesempatan sementelah pendahulu saingan sedari awal Emil Lindholm yang memandu jentera Hyundai i20 N Rally2 mengalami masalah alternator dan terpaksa menarik diri.
Pemandu Perancis tersebut berada di belakang pendahulu kira – kira 32.7 saat untuk meraikan kemenangan pertama beliau dalam WRC2.
“Ianya sangat hebat. Beberapa kali saya dalam posisi yang baik untuk mencapai keputusan tetapi semuanya gagal. Saya sangat gembira untuk membawa pulang keputusan ini setelah beberapa tahun mencuba,” ujar Niclas Ciamin yang turut memandu Skoda Fabia RS Rally2.
Pemandu Poland Kajetan Kajetanowicz melengkapkan kemenangan podium di hadapan Gus Greensmith yang menduduki tempat keempat keseluruhan.
BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MENANG DARIPADA TEMPAT KE 12 SEBELUMNYA DI GREECE
BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MUNCUL JUARA DI ESTONIA. OLIVER SOLBER PULA APA CERITA?