BYD SIAR IMEJ ACAH MODEL BARU, BUKA TEMPAHAN AWAL
Pengumuman mengejut daripada Tesla semalam bukan sahaja membuatkan ramai pemain industri automotif terkejut, malah ramai daripada mereka mula mengambil langkah agresif dengan terus menyiarkan imej model baru yang akan dilancarkan dalam masa terdekat nanti.
BYD Cars Malaysia mengeluarkan 2 imej sebuah kereta kompak berkuasa elektrik sepenuhnya dengan tertera tarikh pelancaran pada 28 Julai 2023. Dengan logo ikan lumba-lumba yang ada pada gambar, kita boleh buat spekulasi yang model baru ini ialah BYD Dolphin.
Gambar kedua pula memberikan imej lampu belakang dengan jalur tiub LED, sama seperti yang digunakan pada model Dolphin. Ia merupakan sebuah model kereta kompak dalam segmen B namun memiliki jarak antara roda yang paling besar dalam kelasnya iaitu mencecah 2700mm sama seperti Honda Civic yang berada dalam segmen C
Bergantung pada saiz bateri, BYD Dolphin mampu dipandu sejauh 300km bagi bateri yang paling kecil sehingga 427km bagi bateri sebesar 60.5kWh. Sama seperti bateri, BYD Dolphin dipasang dengan beberapa pilihan motor elektrik samaada 94 kuasa kuda, 174 kuasa kuda atau 210 kuasa kuda
Dengan menggunakan OBC 7kW, BYD Dolphin boleh dicaj masa 7.5 jam atau 30 minit sahaja daripada 20% ke 80% dengan sistem DCFC 60kW. Pembeli yang berminat boleh mendaftar di pautan INI
Pada masa yang sama BYD turut mengesahkan pembukaan pusat 3S yang baru di Ipoh, Kayu Ara, Seremban, Kuantan, Butterworth, Alor Setar, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Batu Pahat dan juga Tebrau.