Buletin

CABARAN HYPERMATKET SWEEP PETRON – PELUANG AMBIL BARANGAN BERNILAI RIBUAN RM DALAM MASA 5 MINIT DI GIANT! 

Bayangkan anda hanya ada masa kurang lima minit untuk menghabiskan wang sebanyak beribu-ribu ringgit di pusat membeli-belah. Mesti berdebar dan dalam kepala bermacam-macam barang yang hendak diambil kan? 

Begitulah pengalaman menarik yang ditawarkan oleh Petron kepada para pemenang Cabaran Hypermarket Sweep kali ini. Untuk makluman, ia merupakan tahun ketiga Petron menganjurkan program tersebut sebagai salah satu cara menghargai sokongan pelanggannya selama ini.   

Cabaran Hypermarket Sweep pada tahun ini bermula di Giant Hypermarket Shah Alam. Ia menyaksikan seramai lapan orang pemenang hadiah utama memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 yang perlu dihabiskan dalam masa lima minit di Giant. 

Pemenang hadiah saguhati pula berpeluang menghabiskan wang sebanyak RM3,000 dalam masa empat minit sahaja. 

Sebaik sahaja wisel dibunyikan kesemua peserta berlari dan menolak troli bersama ahli keluarga masing-masing untuk mengambil barangan yang dimahukan. Antara barangan yang menjadi pilihan ialah basikal, susu formula, barangan dapur, produk penjagaan diri, biskut, makanan ringan dan banyak lagi. 

Secara keseluruhannya, Petron telah memilih 56 orang pemenang dari Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Kinabalu dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM240,000! 

Keterujaan itu turut dikongsi dengan dua rumah anak-anak yatim, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Conerstone. Mereka menerima barangan keperluan harian bernilai RM2,500. 

“Maklum balas mengagumkan yang kami terima daripada edisi terdahulu membuatkan kami menggandakan hadiah dan menawarkan promosi ke lebih banyak lokasi pada tahun ini. 

“Cabaran Hypermarket Sweep ialah salah satu kempen unik di bawah program Petron Miles. Ia menjadi sebahagian daripada komitmen kami untuk menawarkan insentif yang lebih menaik kepada para pelangga setia Petron,” kata Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia, Faridah Ali.

Tahun ini, Petron bekerjasama dengan pihak Giant Malaysia yang memiliki rangkaian 157 cawangan di Malaysia. Selain Giant Shah Alam, program sama akan diadakan di empat lokasi lain iaitu Giant City Mall, Giant Bayan Baru, Giant Plentong dan Giant Kuantan. 

Google ads
Back to top button