Artikel Pilihan

CALIFORNIA BERI KEIZINAN PADA MERCEDES BENZ JUAL KERETA AUTONOMI TAHAP 3

Mercedes-Benz telah mengumumkan pada minggu lepas bahawa jenama ini telah mendapat lampu hijau daripada California Department of Motor Vehicles untuk menjual kenderaan dengan keupyaan pandu sendiri tahap 3

Bagi kenderaan pandu sendiri tahap 3, ia membenarkan anda melepaskan stering dan kawalan pedal kaki bagi membolehkan kenderaan dipandu sendiri seperti di lebuhraya yang kurang sibuk. Sistem berupaya melakukan proses mengambil selekoh, mengelak halangan, membrek dan memecut

Sistem ini dibernarkan dengan syarat pemandu mesti mengambil alih tugas memandu pada bila-bila masa dan anda tidak boleh tidur sewaktu sistem digunakan. Kelulusan yang diberikan oleh pihak berkuasa California ini adalah kelulusan yang kedua selepas Nevada memberikan kelulusan yang sama

Namun Sistem Drive Pilot yang dibangunkan oleh Mercedes benz ini hanya boleh digunakan di lebuhraya pada waktu siang sahaja dengan halaju maksima pada 54km/jam. Antara lebuhraya yang digazetkan termasuklah Bay Area, Central Valley, Los Angeles, Sacramento dan San Diego serta lebuhraya yang menghubungkan Southern California ke Nevada.

Sistem Drive Pilot ini akan ditawarkan sebagai sistem pilihan untuk model 2024 seperti Mercedes EQS dan Mercedes S-Class Sedan yang akan mula diterima oleh pengguna bermula tahun 2024 nanti. Salah satu kelebihan sistem Drive Pilot berbanding dengan Tesla Autopilot atau GM Super Cruise ialah tanggungjawab undang-undang

Apabila sistem ini dihidupkan, Mercedes merupakan pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan yang dibuat oleh sistem Drive Pilot. Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan sewaktu sistem ini diaktifkan, kesalahan tersebut adalah kesalahan sistem Drive Pilot dan juga Mercedes Benz bukannya pemandu

Usaha Mercedes Benz yang sanggup menerima liabiliti ini telah memuaskan hati kebanyakan pihak berkuasa jalanraya dan merupakan satu perbezaan besar dengan sistem pandu sendiri tahap 2 seperti yang digunakan oleh Tesla Autopilot. Dalam sistem tahap 2, pemandu wajib memantau operasi sistem pada sepanjang masa

Sistem Drive Pilot yang ditawarkan oleh Mercedes Benz ini menggunakan unit pengesan LIDAR berkualiti tinggi, dibantu dengan suapan data GPS, sateli Galileo dan GLONASS untuk penunjuk arah. Sekiranya pemandu perlu mengambil alih pemanduan, sistem akan memberikan amaran 10 saat sebelum proses pemanduan diambil alih oleh pemandu dalam keadaan selamat dan “fail safe”.

Google ads
Back to top button