Buletin

TEMPAHAN HONDA WR-V KINI DIBUKA. ADA VARIAN RS, LANCAR Q3 2023

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk SUV kompak yang ditunggu-tunggu ramai, Winsome Runabout Vehicle (WR-V) serba baharu sudah dibuka di semula 101 pengedar sah Honda di seluruh negara. 

Bakal dilancarkan pada Q3 2023, jentera berkenaan dijangka mendapat sambutan hangat daripada pelanggan di negara ini. 

“Kami sangat teruja untuk menjadi pengeluar kenderaan Jepun pertama yang memperkenalkan SUV segmen B ke dalam segmen bukan nasional kepada pengguna tempatan. WR-V menawarkan pengalaman unik kepada pelanggan menerusi gabungan gayaan sporty, teknologi termaju, ciri keselamatan dan prestasi yang mengujakan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.

Dari segi dimensi, WR-V mempunyai 4,060mm panjang, 1,780mm lebar, 1,608mm tinggi dan jarak kelegaan tanah mencecah 207mm. Ini menjadikannya sebuah jentera yang praktikal dan mudah dipandu di kawasan bandar. 

Turut hadir dengan varian RS, WR-V dilengkapi dengan emblem, gril hadapan, rim dua tona bersaiz 17 inci RS. Penampilan sporty diserlahkan lagi dengan hendal pintu belakang seperti sebuah coupe, lampu utama LED automatik, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus hadapan dan lampu isyarat membelok jenis sequential LED. 

WR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang mampu menjana kuasa maksimum 121PS dan tork 145Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT dengan teknologi G-design shift yang memberi keseimbangan dari sei penjimatan dan prestasi. 

WR-V hadir dengan sistem keselamatan Honda SENSING yang terdiri daripada fungsi:

  • Lead Car Departure Notification (LCDN)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Tidak ketinggalan ialah ciri Honda LaneWatch dan Honda CONNECT yang membolehkan pelanggan mengakses pelbagai fungsi menggunakan telefon pintar. 

Sempena pelancarannya, Honda Malaysia akan menganjurkan prebiu eksklusif di pengedar-pengedar terpilih seoerti jadual di bawah:

Pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh logon ke prebook.honda.com.my muat turun aplikasi HondaTouch atau kunjungi pengedar terdekat.

Google ads
Back to top button