
DAPATKAN HELMET GRACSHAW GENNEX JAPAN EDITION. SERLAHKAN GRAFIK TERSENDIRI, RM420 SEUNIT, PERCUMA BEG GALAS
Sempena Terengganu Bike Week pada 26 hingga 28 Mei, Gracshaw melancarkan ‘Gennex Japan Edition’ yang mengetengahkan budaya pop Jepun.
Seperti sedia maklum, apabila menyebut Jepun, jelas terpapar adalah hal-hal berbaur futuristik serta tidak pernah gagal menonjolkan sisi seni sekali gus menjadi sebuah karakter yang menjadi pilihan ramai.
Gracshaw menggabungkan elemen-elemen berkenaan ke dalam reka bentuk helmet dilancarkan dan segala perincian mendalam juga dilakukan bagi memastikan nuansa selain, kepentingan dari segi keselesaan serta keselamatan dititikberatkan dalam menghasilkan helmet baharu ini.
Pertama sekali adalah ‘Japop’ di mana helmet ini bersesuaian dengan namanya, memenuhi segala syarat budaya pop Jepun termasuk dikemaskan lagi menerusi imej dari siri anime.

Sementara, bagi helmet ‘Karasu’ atau nama samarannya, Oni no Hanzō (Demon Hanzō) pula tampil kemasan lebih agresif terutama adanya imej senjata ninja seperti shuriken, kunai dan kusarigama.
Tak cukup dengan itu, imej-imej berkenaan dipadankan lagi bersama warna gelap untuk memberi penggayaan lebih garang serta memberikan keyakinan kepada pengguna.
Seterusnya ialah ‘Kurita’, ya betul, ‘Kurita’. Pemilihan nama begitu sesuai dengan sotong celup tepung yang popular di Terengganu.

Gracshaw mendakwa, al-kisah Kurita adalah mengenai mencari permata yang dicuri dari Istana Naga negara Tamatori dan boleh dilihat, lapan sesungut itu membawa maksud kehidupan adalah rumit.
Selain itu, pedang Katana pula digunakan oleh puteri Tamatori untuk membunuh Kurita dan menerusi helmet ‘Kurita’, grafik berkenaan menguasai rekaan di samping imej bunga serta ombak.
Helmet keempat perlu anda berikan tumpuan ialah ‘Oda’ kerana dari segi rekaan, ia tampil dengan nuansa kekuasaan.

Mana tidaknya, Nobunaga Oda adalah ketua puak Oda yang sangat berkuasa dan melancarkan perang melawan daimyō lain untuk menyatukan Jepun pada tahun 1560-an.
Selain itu, Oda juga melawan tentera lebih daripada 10 kali bahkan, perang Okehazama dianggap paling dramatik. Sesuai reputasinya, Nobunaga Oda dianggap pahlawan Jepun zaman Sengoku.
Helmet ‘Oda’ ini memaparkan ilustrasi Oda menunggang kuda di hadapan matahari terbit sebagai sebuah simbol harapan serta aspirasi selain Oda, menjadikan pedang Katana sebagai karakter utama.
Helmet ‘Tengu’ pula memilih karakter legenda, Tengu, di mana ia memiliki kemahiran mengawal angin, ilmu pedang dan berkebolehan untuk terbang.

Di helmet ‘Tengu’, imej diletakkan jelas memaparkan naratif legenda ini termasuk ilustrasi Tengu memegang kipas, berwajah-merah, berjubah serta hidung panjang.
Tidak ketinggalan, ‘Tsuru’ atau crane, dikatakan simbol tuah, panjang umur dan kesetiaan, nyata memberi estetika berlainan ditambah pula dengan elemen matahari yang membawa makna harapan atau kelahiran semula.
Melihat rekaan helmet, ia begitu sesuai dengan gaya, warna serta kemasan pada helmet ‘Tsuru’ secara keseluruhan.

Maka dengan itu, anda kini memiliki banyak pilihan untuk membuat pembelian helmet bercitarasa Jepun.
Perincian lain helmet-helmet ini termasuklah dual visor, washable padding (bahan lapik boleh basuh), selesa digunakan untuk konvoi atau kegunaan harian dan lebih penting ia mempunyai sijil penandaan SIRIM.
Harga? Anda boleh memiliki helmet ‘Gennex Japan Edition’ buatan Malaysia ini bermula pada harga RM420 sahaja di kedai rasmi Gracshaw. Bukan itu sahaja, anda juga bakal membawa pulang sebuah beg galas untuk membawa helmet ini dengan bergaya.
GALERI













