Buletin

CALTEX BIG FUEL GIVEAWAY

Chevron Malaysia Limited (Chevron), menawarkan promosi  penghujung tahun menerusi Caltex ‘Big Fuel Giveaway’.

Caltex- Big-Fuel- Giveaway-mekanika (1)

Pelbagai tawaran hadiah bulanan menarik disediakan termasuk minyak Caltex bernilai RM90,000, kad Caltex StarCash berjumlah RM150,000 dan sembilan telefon pintar Samsung Galaxy Note 5.

Setiap bulan pihak Chevron akan memilih 46 pelanggan bertuah. Tiga pemenang utama akan menerima pengisian bahan api bernilai RM10,000 dan 10 pemenang seterusnya bakal pulang bersama wang tunai RM5,000.

Sementara 30 hadiah saguhati pula akan menerima kad Caltex StarCash bernilai  RM300. Lebih menarik, pelanggan yang sedia ada kad Caltex JOURNEY dan BCARD layak merebut peluang memenangi tiga Samsung Galaxy Note 5.

Caltex- Big-Fuel- Giveaway-mekanika (2)2

Promosi berkenaan akan berlangsung selama tiga bulan dengan lebih daripada 100 pemenang diumumkan.

Pengerusi Chevron Malaysia, Shahid Ahmed berkata  Caltex ‘Big Fuel Giveaway’ adalah sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia dengan memberikan ganjaran menarik.

“Untuk layak menyertai promosi berkenaan pelanggan hanya perlu melakukan pembelian bahan api minimum RM40 di stesen minyak Caltex seluruh negara,” katanya.

Caltex ‘Big Fuel Giveaway’  sudah pun bermula 1 Disember lalu dan akan berakhir pada 29 Februari 2016. Maklumat lanjut berkaitan promosi ini, layari www.caltex.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button