Buletin

PENGGANTI SLK

Mercedes-Benz akan melancarkan model Mercedes-Benz SLC pada Januari hadapan. Pengganti Mercedes-Benz SLK itu  ditawarkan dengan empat pilihan model.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (2)

Model-model tersebut ialah Mercedes-AMG SLC 43, Mercedes-Benz SLC 300, Mercedes-Benz SLC 250d, Mercedes-Benz SLC 200 dan Mercedes-Benz SLC 180.

Bagi menggerakkan jentera, pengeluar Jerman itu menawarkan beberapa variasi enjin. Mercedes-Benz SLC 180 dilengkapi enjin bersesaran 1,595 cc yang mampu menghasilkan kuasa 115hp dan tork 250Nm.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (6)

Sementara  Mercedes-Benz SLC 200 dan SLC 300 dijana enjin yang sama iaitu 2.0 liter. Bagaimanapun kuasa yang dihasilkan kedua-dua model adalah berbeza.  SLC 200 menghasilkan tenaga 184hp dan tork setinggi 300Nm.

Manakala model SLC 300 pula berupaya menghamburkan kuasa 245hp dan tork setinggi 270Nm. Pecutan dari titik pegun sehingga 100 km/j dapat dilakukan dalam tempoh 5.8 saat sahaja.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (7)

Model SLC 250d dipadankan dengan enjin diesel 2.143cc. Walaupun 250d menghasilkan kuasa 204hp, tetapi tork yang dihasilkan adalah lebih tinggi dari SLC 300 iaitu 500Nm!

Mercedes-AMG SLC 43 pula lebih berkuasa dengan enjin 3.0 liter V6 biturbo. Ia mampu menjana kuasa  267hp dan tork 520Nm. Untuk mencapai kelajuan 100km/j, jentera roadster itu hanya memerlukan masa 4.7 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (3)

Penghantaran kuasa disalurkan melalui transmisi manual 6-kelajuan  bagi model SLC180 dan SLC200. Model yang lain menggunakan transmisi automatik  sembilan kelajuan.

Imej Mercedes-Benz SLC dibuat lebih sporty. Pada bahagian hadapan kelihatan lebih tajam bersama gril radiator diamond sebagai ciri standard.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (1)

Agar kelihatan maskulin, Mercedes-Benz mereka bampar baharu dan menggunakan LED Intelligent Light System pada lampu hadapan.

Bahagian lampu belakang juga menerima grafik  LED baharu.

mercedes-benz-slc-2016-mekanika (8)

Masuk ke kabin, Mercedes-Benz SLC memiliki penampilan lebih baik. Papan pemuka kelihatan identikal dengan SLK yang lama. Namun,  SLC didatangkan dengan stereng sport baharu dan sistem hiburan naik taraf bersama paparan skrin 7-inci berwarna.

Harga masih belum diumumkan sehingga tarikh pelancarannya bulan hadapan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button