Motosikal

INOVASI PINTAR TOPI KELEDAR VOZZ RS 1.0

Pengeluar topi keledar dari Australia, Vozz Helmets telah menghasilkan topi keledar yang lari daripada rekaan konvensional.

Vozz-Helmets-mekanika (2)

Topi keledar yang dikenali sebagai Vozz RS 1.0 itu menggunakan sistem Voztec. Konsep sistem itu telah mula dibangunkan sejak tahun 2005 lagi. Ia kini sudahpun memproleh hak paten di pasaran-pasaran utama di dunia seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Jepun.

Bahagian belakang topi keledar RS 1.0 boleh dibuka dan kelihatan seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian. Ia boleh dibuka dan ditutup dengan mudah, walaupun penunggang memakai sarung tangan atau cermin mata.

Vozz-Helmets-mekanika (3)

Rekaan yang revolusionari ini juga tidak memerlukan tali pada bahagian dagu penggunanya. Topi keledar ini mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, penunggang tidak akan mendengar bunyi angin yang kuat, selesa untuk dipakai dan lebih mudah dibuka jika berlaku kemalangan.

Vozz Helmets menyatakan bahawa ia akan membuka tempahan melalui dalam talian mulai 23 Disember depan, sebelum ia membuka cawangan pengedarnya di seluruh dunia.

Satu-satunya soalan yang masih belum terjawab ialah berapakah harganya? Saya yakin, ramai yang berminat!

Cara memakai Vozz RS 1.0

Foto/video: Vozz Helmets Australia

Google ads
Back to top button