Buletin

CARLOS GHOSN DITANGKAP. PASARAN SAHAM RENAULT DAN NISSAN MENJUNAM

Carlos Ghosn, Pengerusi Nissan Motor Co telah ditahan untuk siasatan lewat petang semalam kerana disyaki melaporkan bayaran korporat salah sebanyak 5 billion Yen (RM186 Juta)

Ghosn, 64 dikatakan menghantar laporan palsu dan menyalahi undang-undang kewangan Jepun, menurut Pegawai Pendakwaraya Daerah Tokyo.

Turut diberkas ialah Greg Kelly, 62, wakil pengarah Nissan kerana disyaki berkonspirasi dengan Ghosn.

BACA: NISSAN PECAT CARLOS GHOSN

Di Perancis, Ghosn sering dikritik kerana dianggap sebagai seorang yang “membuat terlalu banyak duit” menurut Ronan Glon, salah seorang penulis automotif di sana.

Ghosn dikatakan dibayar sebanyak ¥10 bilion (RM186 Juta) tetapi memfailkan pendapatan sebanyak ¥10 bilion (RM93 Juta)

Saham Renault jatuh 6 peratus sebaik berita penangkapan Ghosn disahkan. Sementara itu, saham Nissan jatuh 11 peratus dalam Bursa Saham Jerman.

Menurut sumber dari Jepun, Ghosn bermalam di lokap semenjak ditahan semalam.

Menurut mereka yang arif dengan sistem perundangan Jepun, dakwaan laporan pendapatan palsu berkaitrapat dengan penipuan cukai. Ia adalah kesalahan berat.

Dalam keadaan biasa, beliau boleh dijamin namun kosnya sangat tinggi. Beliau kemudian akan berdepan dengan dakwaan mahkamah dan jika didapati bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda ¥10 juta Yen.

BACA: GHOSN, LELAKI AJAIB DI SEBALIK RENAULT-NISSAN

Bukan itu sahaja. Syarikat yang disyaki bersubahat juga boleh didenda sehingga ¥700 juta yen dan jika ada bukti ia satu kes yang serius, saham syarikat ini boleh dinyahsenarai dari bursa Jepun.

Ia sebagai langkah untuk melindungi pelabur.

 

 

Google ads
Back to top button