
Masih ingat dengan insiden Valentino Rossi menunjal kepala seoarang marshall di pusingan MotoGP Sepang dua minggu yang lalu? Rossi tampil memberi kenyataan mengapa beliau bertindak sedemikian.
Dalam perlumbaan yang hanya berbaki beberapa pusingan, pelumba utama pasukan Yamaha Motors terbabas di selekoh T1. Beliau segera cuba untuk mengangkat dan menghidupkan enjin beliau dan marshall yang bergegas ke lokasi beliau bagaimanapun bertindak mengeluarkan telefon bimbit dan cuba untuk mengambil gambar selfie bersamanya.
Refleks pantas Rossi adalah menolak marshall tersebut kerana beliau menyatakan ia tidak profesional dalam keadaan beliau yang terbabit dengan insiden dan sepatutnya dibantu.
“Profesionalisme di kawasan litar perlumbaan perlu ditingkatkan. Kejadian tersebut ibarat seorang Ball Boy (budak pengutip bola dalam sukan tenis) meminta selfie pemain ketika pertandingan sedang berlangsung. Tugas marshal adalah ialah sebagai pembantu ketika terjadinya masalah. Saya harap mereka ada di sana untuk bekerja, bukan untuk melakukan selfie”
Logiknya memang begitu kerana aksi seumpama tersebut hanya memperlihatkan kelakuan tidak profesional marshal yang dilantik. Mereka seharusnya kekal sebagai kakitangan bertugas waluapun apa juga keadaan sewaktu perlumbaan.