Buletin

KENYATAAN PRESIDEN PERANCIS “PAKATAN RENAULT-NISSAN TIDAK AKAN TERJEJAS”

Berita mengenai kes Carlos Ghosn yang disyaki terlibat dalam jenayah kewangan di Jepun hangat diperkatakan sejak semalam. Dalam satu kenyataan oleh Presiden Perancis lewat petang semalam memberitahu bahawa ia tidak akan menjejaskan pakatan Renault-Nissan yang ditubuhkan pada 1999.

Presiden Emmanuel Macron memberitahu, kerajaan Perancis yang memegang 15 peratus kepentingan dalam Renault masih merupan pemegang saham tunggal terbesar.

BACA: GHOSN BERDEPAN DAKWAAN JENAYAH KEWANGAN

“Kami kesal dengan berita ini dan akan ambil sikap berhati-hati terhadap kestabilan pakatan ini. Bagaimanapun, kerajaan Perancis merupakan fakta yang mengukuhkan pakatan ini dan menghalang Nissan dari bergabung sepenuhnya dengan Renault.

Mereka tidak mahu kerajaan terlibat secara langsung dalam hal ehwal perniagaan. Ghosn menjadi orang tengah untuk kerajaan Perancis bagi memastikan kerajaan tidak campurtangan dalam urusan dagang kedua syarikat ini”

BACA: CARLOS GHOSN DIPECAT!

CEO Nissan sekarang, Hiroto Saikawa berkata dalam satu sidang akhbar semalam “Pakatan tiga entiti (Nissan, Renault, Mitsubishi) tidak akan terjejas. “Renault memgang 43.4 peratus saham Nissan, sementara Nissan miliki 15 peratus dalam Renault tanpa ada hak mengundi. Nissan memgang 34 peratus dalam saham Mitsubishi Motors.

 

Google ads
Back to top button