BuletinMotosikal

CAWANGAN HARLEY DAVIDSON AKAN DIBUKA DI JB

Satu perkara yang pasti tentang jenama-jenama niche macam Harley Davidson di Malaysia ia tidak pernah mendapat pengedar yang cukup kukuh bagi mengekalkan jenama ini dalam pasaran. Terakhir, ia dimiliki oleh kumpulan Naza dan mereka juga terpaksa melepaskan kepada pengedar baru Didi Resources beberapa tahun lepas.

Namun, di bawah pengedar baru ini, mereka lebih berhati-hati dalam mengembangkan jenama ini. Tidak hanya berharap pada angka jualan, mereka turut mendapatkan semua jenama di bawah Kumpulan Piaggio iaitu Vespa, Piaggio, Moto Guzzi dan Aprilia dan melantik syarikat Goh Brothers yang memang berpengalaman luas dalam industri automotif tempatan.

Goh Brothers menguruskan sendiri pusat jualan dan servis Harley Davidson di Petaling Jaya dan Pulau Pinang. Terbaru, mereka akan membuka satu lagi cawangan yang komprehensif di Johor Bharu.

Cawangan baru ini akan dibuka di Jalan Skudai dan sebagai pasaran ketiga terbesar bagi motosikal di Malaysia, Johor Bharu sangat penting untuk memastikan semua pemilik dan bakal pemilik Harley mendapat manfaat sepenuhnya.

Dibina di atas tapak seluas 12,000 kaki persegi, Harley Davidson Johor Bharu ini akan mempamerkan rangkaian model terbaru HD, aksesori, alatganti tulin dan juga cenderamata asli.

Dalam masa yang sama, Harley Davidson Johor Bharu juga men

  1. Perunding Jualan
  2. Perunding Servis
  3. Juruteknik Kanan
  4. Perunding Butik
  5. Perunding Alatganti dan Aksesori
  6. Eksekutif Alatganti dan Gudang
  7. Eksekutif Pengurusan dan Operasi
  8. Eksekutif Kewangan

Kepada yang berminat, bolehlah menghantar resume ke alamat email berikut [email protected]

Google ads
Back to top button