Buletin

LAMBORGHINI DAN SUPREME BEKERJASAMA, ADA T-SHIRT DAN COVERALL

Memang padan apabila Automobili Lamborghini dan Supreme bekerjasama dalam menawarkan koleksi pelbagai jenis pakaian.

Seperti yang kita ketahui, Lamborghini adalah pengeluar kereta eksotik dari Itali manakala Supreme mempunyai reputasi tinggi di kalangan penggemar dunia fesyen.

Supreme adalah jenama berkaitan papan luncur dan pakaian streetwear dari New York, Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada tahun 1994.

Supreme sebelum ini juga terkenal dengan koleksi kerjasama dengan pelbagai jenama mewah seperti Louis Vuitton yang menjadi buruan ramai dan semestinya pada harga tinggi.

Kerjasama Supreme tidak terhad kepada pakaian malah menjangkau pelbagai barangan seperti basikal, motosikal mini sehingga biskut Oreo.

Memiliki koleksi pakaian dan barangan Supreme juga bermakna pemiliknya kalis susut nilai memandangkan ia mempunyai harga tinggi.

Sama seperti mengumpul kereta edisi terhad, koleksi barangan Supreme boleh mendatangkan pulangan yang lumayan dan ramai menjadikannya sebagai sumber pendapatan.

Berikut adalah koleksi pakaian Supreme x Lamborghini untuk tahun 2020:

  • Jaket kerja dengan pelindung kepala
  • T-shirt lengan pendek
  • T-shirt
  • Jersi hoki ais
  • Papan luncur
  • Penutup kepala (Beanie)
  • Pakaian kerja (Coverall)

Untuk mereka yang bekerja atau pemilik bengkel, coverall itu kelihatan menarik (dan sayang) untuk digayakan ;-D

Satu lagi identiti menarik ialah apabila koleksi tersebut dibuat mengikut warna-warna ikonik Lamborghini seperti hijau dan oren.

Memandangkan butik Supreme di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis tidak beroperasi akibat Covid-19, koleksi baharu ini dijual melalui dalam talian pada 2 April 2020.

BACA: LAMBORGHINI BUAT TOPENG DAN PELINDUNG MUKA ATASI COVID-19!

BACA: LAMBORGHINI HURACÁN EVO RWD – SENSASI ‘TARIK BELAKANG’

BACA: SUV URUS LONJAK JUALAN LAMBORGHINI, TERBAIK DALAM SEJARAH

Google ads
Back to top button