Buletin

BERSIAR-SIAR DI PANTAI RISHIKESH, PELANCONG ASING DIDENDA TULIS ‘SAYA MINTA MAAF’ 500 KALI

Seramai 10 orang pelancong yang melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di India didenda menulis “Saya minta maaf” sebanyak 500 kali. 

Pelancong dari Israel, Mexico Australia dan Australia itu didapati berjalan-jalan di pusat peranginan Rishikesh yang popular selepas dikunjungi oleh kumpulan Beatles pada tahun 1968. 

Seorang pegawai polis, Vinod Sharma memberitahu semua pelancong tu perlu menulis “Saya tidak mematuhi peraturan kuarantin, saya benar-benar minta maaf” sebanyak 500 kali. Denda yang dilihat luar biasa itu dibuat untuk mengajar mereka. 

Dikatakan terdapat lebih 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel berada di bandar pelancongan itu. Mereka hanya dibenarkan keluar dari hotel jika ditemani oleh pembantu rakyat tempatan. Premis perniagaan yang tidak mematuhi peraturan akan berdepan tindakan undang-undang.  

Pihak berkuasa di India telah tampil dengan pelbagai cara untuk memastikan rakyat tinggal di dalam rumah. Selain menyebat mereka yang degil dengan kayu dan mengarahkan ketuk ketampi, polis juga memakai topi keledar dengan bentuk virus COVID-19 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam. 

India menguatkuasakan PKP sejak akhir Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19. Setakat semalam, India telah mencatatkan lebih 8,300 jangkitan dengan 273 kematian. – SCMP

Google ads
Back to top button