
CHERY MALAYSIA RASMI PUSAT 3S BAHARU DI GLENMARIE
Chery Malaysia baru-baru ini telah merasmikan bilik pameran serta pusat servis baharu di Lembah Klang yang dimiliki serta diuruskan oleh rakan pengedar, Joystar Auto Sdn Bhd.
Terletak di Temasya Glenmarie, No.1 & 3, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Shah Alam, pusat 3S ini merangkumi keluasan 3,090 meter persegi, menawarkan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan.
Pusat baharu ini dilengkapi dengan kemudahan servis yang komprehensif, mempunyai 9 ruang servis, dikendalikan oleh juruteknik Chery terlatih dan berpengalaman.

Majlis pelancaran Chery Glenmarie telah disempurnakan oleh Frank Zhang, Pengarah Urusan Joystar Auto Sdn Bhd bersama Leo Chen, Presiden Chery Auto Malaysia, serta Chew.
Dengan pembukaan pusat ini, Chery Malaysia menunjukkan komitmennya untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.
Bilik pameran ini dibuka setiap hari – dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat) dan dari jam 10 pagi hingga 5 petang (hujung minggu dan cuti umum).

Manakala pusat servis beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang (Isnin – Sabtu); ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Kini, Chery beroperasi dengan 52 rangkaian pengedar di seluruh Malaysia, menyediakan sokongan menyeluruh untuk memenuhi keperluan pelanggan Chery di seluruh negeri.
Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi pengedar Chery di Malaysia, layari laman web rasmi di www.chery.my/dealer-locator
Anda juga boleh meneroka rangkaian penuh kenderaan Chery di www.chery.my
- BACA: AKIO TOYODA: MASA DEPAN EV SAHAJA AKAN HAPUSKAN JUTAAN PEKERJAAN
- BACA: EMPAT MAUT SELEPAS KERETA TESLA TERBAKAR
- BACA: ERC 2024 – ANDREA MABELLINI MENANG DI POLAND. HAYDEN PADDON JUARA ERC DUA KALI BERTURUT – TURUT!
- BACA: LEXUS LX700H TAMPIL RANGGI DAN MEWAH DALAM BENTUK HIBRID: 457HP, HARGA LEBIH RM446K







